
Ini Apa Yang Bakal Hadir Dalam Projek Disney
Baru-baru ini telah berlangsung acara tahunan Disney, D23 Expo yang mana dalam acara tersebut telah memperkenalkan beberapa acara dan projek mereka pada masa kana datang.
Kita sedia maklum, filem animasi Disney dan beberapa francais dibawah Disney kebanyakannya menjadi hits dan pecah panggung. Ini membuatkan para peminat begitu teruja untuk mengetahui perkembangan selanjutnya dalam syarikat hiburan terbesar itu.
Antara projek yang memberi keterujaan peminat ialah kembalinya drama sitkom bersiri paling hits terbitan Disney, Lizzie McGuire. Difahamkan, Hilary Duff sudah bersedia untuk melakonkan kembali wataknya dalam siri sekuel itu yang mana siri itu bakal menampilkan watak Lizzie McGuire sudah dewasa dengan jalan cerita yang semakin mencabar.
Sebelum ini sudah diumumkan projek Marvel untuk fasa 4. Menerusi D23 Expo, Disney telah mendedahkan poster awal filem Black Widow dan drama WandaVision. Selain itu, Disney juga telah memperlihatkan kostum-kostum yang bakal dipakai adiwira The Eternals dalam filem itu pada tahun hadapan.

Bukan setakat ini sahaja, Disney turut membuat kejutan dengan memperkenalkan tiga watak baharu yang bakal menyertai MCU iaitu She-Hulk, Moon Knight dan Ms. Marvel. Ketiga-tiga karakter adiwira ini akan ditayangkan dalam platform penstriman video Disney+.

Berikut merupakan senarai projek Disney yang telah diumumkan dalam D23 Expo:
1. High School Musical: The Musical: The Series
2. The Mandalorian
3. Ms. Marvel
4. She-Hulk
5. Moon Knight
6. Lizzie McGuire
7. Obi-Wan Kenobi
8. Black Panther 2 (tayangan 6 Mei 2022)
9. Raya and the Last Dragon (filem animasi bertemakan Asia Tenggara)

Disney juga telah melancarkan pandangan pertama filem Cruella yang dibintangi pelakon Emma Stone yang akan memainkan peranan sebagai Cruella De Vil. Filem ini mengisahkan tentang watak antagonis utama dalam buku The Hundred and One Dalmatians. Filem Cruella dijangka akan menemui penonton pada 28 Mei 2021.
Dalam perkembangan lain, watak Spider-Man tidak lagi bersama Disney namun Tom Holland mengesahkan beliau akan terus memegang watak adiwira tersebut berdasarkan kontrak sebelum ini di bawah Sony.