Ini Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Yang Rakyat Bakal Terima

Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat

Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menumpukan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata menerusi pakej itu, semua lapisan masyarakat di negara ini tidak akan dipinggirkan. Sama ada pemandu teksi, pemandu Grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual pisang goreng, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat.

Pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat ini berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua iaitu sebanyak RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk PKS dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat

Antara pakej rangsangan merangkumi rakyat yang diumumkan kerajaan ialah:

1. Bantuan Prihatin Nasional untuk isi rumah

– Pendapatan RM4k ke bawah terima bantuan berjumlah RM1,600
– Pendapatan RM4k – RM8k terima bantuan berjumlah RM1,000

2. Bantuan Prihatin Nasional untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas

– Pendapatan RM2k ke bawah akan terima bantuan berjumlah RM800
– Pendapatan RM2k – RM4k akan terima bantuan berjumlah RM500

3. Pelajar IPT akan terima bantuan one-off sebanyak RM200 seorang yang akan mula dibayar pada bulan Mei 2020.

4. Pihak DBKL memberikan pengecualian pembayaran sewa kepada 40,000 penyewa PPR.

– Pengecualian sewa selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan.

5. Internet percuma akan diberikan kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 melalui pakej kkhas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat komunikasi.

6. Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil April 2020.

Untuk maklumat lain tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, boleh melalui Facebook rasmi beliau.

MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome

Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, March 27, 2020