‘Ingatkan Saja Suka-Suka’, Doktor Ini Terangkan Kenapa Pelajar Sekolah Rendah Diajar Main Rekoder 1

‘Ingatkan Saja Suka-Suka’, Doktor Ini Terangkan Kenapa Pelajar Sekolah Rendah Diajar Main Rekoder

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernahkah anda terfikir kenapa di sekolah rendah kita diajar untuk main rekoder?

Di sekolah rendah, subjek muzik adalah salah satu subjek yang paling dinantikan pelajar kerana di dalam kelas tersebut, pelajar akan didedahkan dengan beberapa instrumen muzik yang menarik.

Antaranya ialah bermain rekoder.

Mungkin ada yang sehingga kini tidak faham mengapa pelajar sekolah rendah diajar untuk bermain rekoder.

‘Ingatkan Saja Suka-Suka’, Doktor Ini Terangkan Kenapa Pelajar Sekolah Rendah Diajar Main Rekoder 2
Sumber: YouTube Lagu Pendidikan Kesenian

Menjawab persoalan itu, seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan ia daripada sudut pandangan seorang doktor rehabilitasi.

Menurut Dr Kamarul, aktiviti main rekoder adalah salah satu komponen dalam usaha untuk memaksimakan perkembangan kanak-kanak.

Dengan pergerakan jari jemari menutup dan membuka lubang tertentu untuk menghasilkan bunyi tertentu, aktiviti ini melibatkan kemahiran dan kecekapan mengawal jari dalam memanipulasi alatan dengan dibantu deria sentuhan dan stereogonosis, kebolehan mengenal bentuk objek yang berada di tangan biarpun mata tidak melihat.

Selain daripada melatih kemahiran tangan, aktiviti ini juga mengasah kemahiran mulut untuk meniup bagi menambah kecekapan komunikasi lisan.

Deria tempo dan deria pendengaran juga boleh diasah dengan memainkan rekoder. Sekiranya deria ini berjaya dipupuk, apabila satu bunyi dimainkan secara tidak langsung yang bukan pekak nada boleh membezakan dan meneka apakah bunyi tersebut.

Menurut beliau, banyak lagi kemahiran lain yang boleh dirangsang dengan meniup rekoder selain daripada membantu dalam mengenal bakat dan minat mereka seterusnya membantu mereka dalam mencari haluan hidup serta mencapai potensi sebenar diri mereka.

Kenapa rekoder dan bukan alat muzik lain?

Ini kerana ia mampu milik, mudah dibawa ke sekolah dan tidak memerlukan penyelenggaran yang rumit.

Jadi sekarang dah tahu kan kenapa kita belajar tiup rekoder, kan?

Sebelum itu, pernahkah anda menonton sekumpulan pelajar pekak menghasilkan video muzik dengan menggunakan bahasa isyarat?

Baca lanjut: Pelajar Pekak Hasilkan Video Muzik Dengan Menggunakan Bahasa Isyarat

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan