Screenshot 2021-09-13 at 12.32.14 AM

Ingatkan Kelas Online Ada Masalah, Tindakan Anak-Anak Murid Ini Bikin Ustazah Terharu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19 yang teruk di negara Malaysia, kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara.

Terkini, Malaysia berada dalam fasa Pemulihan Negara dan para frontliners sedang giat memastikan rakyat Malaysia turun untuk mengambil vaksin bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

Hasil daripada ini, murid-murid di sekolah terpaksa menjalankan program Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

gabriel-benois-qnWPjzewewA-unsplash

Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru, murid-murid serta ibu bapa sendiri apabila kekangan untuk memastikan anak murid tidak ketinggalan dalam pelajaran amat banyak dalam tempoh ini. Antaranya adalah seperti masalah peranti, capaian internet dan yang paling teruk adalah sikap anak murid itu sendiri yang tidak mahu hadir ke sesi live PdPR.

BACA: PdPR: Bukan Peranti Jadi Masalah, Capaian Internet Yang Paling Penting

Namun, dalam masalah yang berlaku, terdapat segelintir guru yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Hal ini menyebabkan anak didiknya rasa terpanggil untuk memberi penghargaan kepada guru tersebut seperti di dalam video di bawah.

Macam mana? Rasa terharu sangat diraikan oleh anak murid sebegini kan?

Kepada guru, teruskanlah usaha mendidik anak murid walaupun terdapat kekangan untuk mencapai setiap seorang daripada anak muridnya.

Kepada para pelajar, hargailah jasa dan pengorbanan guru kerana tanpa guru, siapalah anda pada hari ini.

Terkini, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan SOP pembukaan sekolah bagi setiap fasa Pemulihan Negara. Boleh rujuk di sini.