
Indonesia Tubuh Majlis Etika Susulan Kontroversi ‘Berenang Boleh Menyebabkan Hamil’
Terbaharu, Indonesia tubuh majlis etika susulan kontroversi yang dilakukan oleh seorang pensyarah mereka.
Beberapa hari lalu, seorang pensyarah yang juga Ketua Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wanita itu boleh mengandung walaupun tanpa sentuhan seperti berenang dalam satu kolam yang sama dengan lelaki.
BACA: Pensyarah Dikecam Selepas Dakwa Wanita Boleh Hamil Jika Mandi Satu Kolam Dengan Lelaki
Menjadi tular di laman media sosial, beliau, Sitti Hikmawatty telah didesak supaya dipecat oleh netizen Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mencalarkan imej Indonesia.

Indonesia tubuh Majlis Etika
Susulan dengan kontroversi berkenaan, KPAI telah membentuk satu Majlis Etika yang terdiri daripada tiga tokoh iaitu bekas Hakim Mahkamah Konstitusi, I Dewa Gede Palguna, bekas Komisioner Komisi Hak Asasi Manusia Nasional dan Pengerusi Majlis Press, Yoseph Adi Prasetyo dan bekas Setiausaha Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Ernanti Wahyurini bagi melakukan siasatan.
Majlis Etika ini akan menjalankan tanggungjawab selama satu bulan dan ianya akan dipanjangkan sekiranya perlu.
Suruhanjaya Indonesia secara terbuka melakukan permohonan maaf dan menyatakan kenyataan Sitty mewakili mewakili dirinya sendiri dan tidak mencerminkan nilai institus KPAI.
Menimbulkan kemarahan orang ramai, tanda pagar #PecatSittiHikmawatty menjadi trending di Twitter Indonesia selepas mengeluarkan kenyataan yang dikatakan sebagai tidak masuk akal tersebut.
Sumber: The Star