Indonesia Naik Had Umur Kahwin

Indonesia Naikkan Had Umur Kahwin Bagi Membendung Nikah Bawah Umur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam di dunia pada Selasa lalu menaikkan had umur perkahwinan bagi wanita dari 16 tahun kepada 19 tahun sama seperti lelaki dalam usaha membendung perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak di negara itu.

Ia susulan persetujuan sebulat suara supaya dilakukan semakan semula undang-undang perkahwinan yang ada di negara itu, menurut kenyataan di laman web Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

Sebagai rekod, Indonesia berada di kedudukan kelapan dalam dunia mencatat jumlah perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan paling ramai, menurut Girls Not Brides.

Girls Not Brides dikenali sebagai sebuah badan yang amat komited dalam untuk menamatkan perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur. Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), 14 peratus gadis di Indonesia sudah berkahwin sebelum usia 18 tahun dan 1 peratus pula sebelum menganjak usia 15 tahun.

Senario ini didorong oleh beberapa faktor utama termasuk kemiskinan, menjaga kehormatan keluarga, norma sosial, undang-undang adat dan agama sehingga membolehkan paksaan dilakukan agar kanak-kanak perempuan dikahwinkan pada usia muda.

Indonesia Naik Had Umur Kahwin
Sumber: AsiaOne

Berdasarkan sumber Global Citizen, lima negara yang mempunyai kadar perkahwinan bawah tertinggi di dunia ialah:

1. India
2. Bangladesh
3. Nigeria
4. Brazil
5. Ethiopia

Susulan itu, Wanita MCA turut mahu kerajaan Malaysia mencontohi langkah Indonesia meningkatkan had umur perkahwinan berkenaan.

Di Malaysia, umur perkahwinan yang sah seawal 16 tahun di bawah undang-undang sivil tetapi ia memerlukan kebenaran daripada menteri besar atau ketua menteri di setiap negeri.

Undang-undang syariah bagi masyarakat Islam berbeza antara negeri namun usia perkahwinan yang sah secara umumnya pada umur 16 tahun. Bagaimanapun perkahwinan pada usia yang lebih awal dibenarkan dengan kebenaran mahkamah syariah.

Menurut Pengarah Eksekutif Girls Not Brides, menamatkan perkahwinan anak tidak akan dicapai dengan undang-undang sahaja. Orang ramai perlu menukar mentaliti dan sikap mereka yang rata-ratanya tidak langsung membantah sehingga membuatkan perkahwinan kanak-kanak diterima di tempat pertama.

Indonesia Naik Had Umur Kahwin
Sumber: Mtoto News

Selain undang-undang berkaitan perkahwinan, Indonesia turut akan memperkenalkan kanun keseksaan baharu yang mengkategorikan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.

Sumber: Awani, Malay Mail

 

The Boys papar siri adiwira gelap.

Jom Tonton Siri Baru – The Boys

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.