Indonesia Mohon Maaf

Indonesia Mohon Maaf Atas Tindakan ‘Liar’ Penyokong Garuda Malam Tadi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Indonesia mohon maaf atas tindakan liar penyokongnya. Malam tadi, berlaku kekecohan semasa aksi Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta daripada pasukan Garuda Indonesia sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan seketika.

Penyerangan daripada penyokong Garuda Indonesia, tiga orang penyokong Harimau Malaya mengalami kecederaan sehingga perlu mendapatkan rawatan.

Belum lagi aksi cuba menceroboh ke kawasan penyokong Malaysia dan pembalingan air kencing, suar dan objek besi.

Indonesia Lawan malaysia Syed Saddiq

Berikutan dengan itu, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi memohon maaf kepada Malaysia secara peribadi menerusi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq dalam satu pertemuan hari ini.

Imam Nahrawi menyampaikan permohonan maaf atas nama masyarakat dan pemerintah Indonesia atas kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia dan berharap agar dapat mengembalikan ikatan persahabatan antara penyokong Indonesia dan Malaysia.

https://www.instagram.com/p/B2Ddx39Jo7V/

Imam juga memberitahu bahawa kerajaan Indonesia akan menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia sebelum pasukan Garuda datang ke Kuala Lumpur pada November.

Imam turut menegaskan pihak beliau bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia akan mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik kekecohan yang berlaku semalam.

Syed Saddiq yang menerima baik permohonan maaf daripada Imam juga berharap agar pelaku kekecohan di acara semalam akan dikenakan tindakan tegas.

Sumber: Antara News

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1GmRX9H2YS/