Indonesia Hantar Jet Pejuang Berdepan China 1

Indonesia Hantar 4 Jet Pejuang Menyusul Kapal Perang Bagi Berdepan China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas menghantar empat buah kapal perang untuk berdepan China di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif di Nutana, Indonesia kini dilaporkan sudah menghantar empat buah jet pejuang bagi menyusul pergerakan batalion terdahulu.

BACA: Krisis Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Kerah Kapal Perang Berdepan China

Krisis tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif di Kepulauan Spratly ini telah menjejaskan hubungan dua hala antara Indonesia dengan China, rakan dagangan terbesar dan pelabur utama di Asia Tenggara.

Indonesia Hantar Jet Pejuang Berdepan China

Menurut Pegawai Hal Ehwal Awam dengan Kawalan Armada Pertama Tentera Laut Indonesia, Komander Fajar Tri Rohadi, empat jet pejuang jenis F-16 telah dihantar bagi melakukan rondaan udara.

Komander Fajar memberitahu penghantaran jet pejuang itu bukanlah bermakna peperangan antara Indonesia-China akan bermula, sebaliknya hanya untuk melakukan rondaan seperti yang diarahkan.

BACA: Isu Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Tolak Tuntutan China Sebagai Tiada Asas Perundangan

Untuk pengetahuan anda, jet pejuang F-16 adalah jet pejuang  yang mempunyai pelbagai fungsi yang dibangunkan oleh firma General Dynamics untuk Tentera Udara Amerika Syarikat yang melakukan penerbangan pertama pada 1974 dan mula digunakan pada 1978.

Indonesia Hantar Jet Pejuang Berdepan China 2

Sudah digunakan oleh 25 buah negara, jet pejuang F-16 ini merupakan pesawat pertama yang menggunakan sistem kawalan penerbangan terbang dengan wayar (jet elektrik) bagi mengekalkan keupayaan terbaik, lebih ringkas dan ringan daripada pesawat terdahulu namun mempunyai bentuk aerodinamik serta sistem avionik yang termaju.

Sumber: CNA, Berita Harian, Wikipedia