Indonesia Dijangka Catat Tempoh ‘Hidap’ COVID-19 Lebih Lama Dari Negara Lain

Indonesia Dijangka Catat Tempoh ‘Hidap’ COVID-19 Lebih Lama Dari Negara Lain

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Indonesia dijangka catat tempoh hidap COVID-19 lebih lama berbanding negara dunia yang lain.

Mencatatkan angka kematian seramai 38 orang semalam, Indonesia menjangkakan lebih 600,000 hingga 700,000 rakyat mereka sudah dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Mencatatkan kes pertama pada 2 Mac lalu, kes positif di Indonesia kini sudah mencecah 450 kes, namun kadar kematian yang tinggi telah menimbulkan kerisauan pada dunia.

BACA: Indonesia Catat Angka Kematian Tertinggi Akibat COVID-19 Di Asia Tenggara

Terdahulu, Indonesia pernah mencetuskan kebimbangan dunia apabila tidak mencatatkan walau satu kes positif COVID-19 biarpun negara di sekelilingnya sudah mempunyai beberapa kes. Data berkenaan agak mencurigakan kerana Indonesia sangat bergantung kepada pelancongan China.

Indonesia Dijangka Catat Tempoh ‘Hidap’ COVID-19 Lebih Lama Dari Negara Lain

Susulan daripada itu, lebih 600,000 ke 700,000 warga Indonesia berisiko untuk positif wabak ini dan dunia sentiasa berdebar menantikan peningkatan drastik kes jangkitan di Indonesia.

BACA: Acara Ijtima Of Asia 2020 Di Indonesia Batal, Para Peserta Di Kuarantin Sebelum Pulang

Jumlah berkenaan dianggarkan berdasarkan kepada pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini.

Indonesia dengan kepadatan populasi seramai 279 juta orang kini mengambil langkah berjaga-jaga drastik dengan menyediakan satu juta kit ujian untuk pemeriksaan berskala besar.

Dek kerana Indonesia sedikit lambat bertindak dalam mengesan kes pertama mereka walaupun saban tahun menerima pelancong dari China dalam skala yang besar, maka tak mustahillah sekiranya wabak COVID-19 akan ‘kekal’ berada di Indonesia sedikit lama walaupun dunia lain sudah reda mengenainya.

Indonesia Dijangka Catat Tempoh ‘Hidap’ COVID-19 Lebih Lama Dari Negara Lain

Tambah pula dalam kekalutan mengesan punca daripada mana datangnya wabak ini (pada ketika itu dikatakan berpunca daripada kelawar), rakyat Indonesia masih lagi berani menjadikan haiwan berkenaan sebagai menu mereka. Malah jualan daging kelawar tetap meningkat naik seperti biasa.

Angka kematian yang banyaknya di Jakarta telah menyebabkan kerajaan Indonesia mengisytiharkan wilayah tersebut berada dalam tempoh darurat selama dua minggu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.