
Indonesia Desak Malaysia Minta Maaf Berikutan Insiden Kekecohan Stadium Bukit Jalil
Piza merupakan makanan terkenal di seluruh dunia yang berasal dari Itali. Pelbagai variasi topping ditabur di atas piza sebelum diakhiri dengan taburan keju dan kemudian dibakar.
Di Restoran Anak Dol Pizza di Kampung Bukit Dinding, Jerantut mengeluarkan menu unik gabungan unsur barat dan tempatan yang setakat ini tidak ditemui di restoran lain iaitu piza sambal hitam dan petai. Mungkin bagi anda yang kali pertama dengar, agak pelik tetapi piza ini mendapat sambutan menggalakkan di daerah berkenaan.

Menurut pemilik restoran, Nor Rosidah Osman berkata, idea menghasilkan piza sebegitu tercetus apabila menyedari makanan barat seperti piza tidak begitu popular di daerah berkenaan. Menggunakan sambal hitam, iaitu hidangan tradisi masakan Pahang mencetuskan idea menyediakan topping piza dan juga topping sambal petai. Bagi mengekalkan rasa keaslian piza, piza tersebut dibakar bersama keju di dalam relau kayu api sehingga membangkitkan aroma menyelerakan.
Katanya, penduduk tempatan lebih menggemari makanan pedas berbanding manis dan keunikan piza itu menjadikannya lebih menarik minat orang ramai untuk mencuba sama ada dari luar Pahang dan penduduk di sana.
Selain hidangan piza gabungan barat dan tempatan ini, Anak Dol Pizza juga menyediakan sembilan menu piza lain, antaranya, Ayam Aloha, Thousand Island, Chezzy Lover dan Daging Black Pepper. Menariknya, setiap hari Rabu mereka akan memberikan piza percuma kepada ibu mengandung. Kepada ibu atau isteri yang mengidam makan piza, bolehlah ke restoran ini pada hari tersebut.

Terdapat tiga saiz piza iaitu kecil berharga RM13, sederhana (RM17) dan besar (RM23). Piza sambal hitam serta sambal petai pula dijual RM15 bagi saiz kecil, sederhana (RM20) dan besar (RM28).
Dah kalau makan sambal hitam atau sambal petai dengan nasi pun bertambah, apa tah lagi dengan piza. Penduduk sana pun kata sedap apa nak dinafikan lagi kan?
* Restoran Pizza Anak dol dibuka setiap hari kecuali Isnin (12p.m – 7p.m)
Sumber: Harian Metro
Kami senaraikan penginapan best di Bali, tonton
7 penginapan yang sering dikunjungi di Bali
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/399359767277151/