
Indonesia Anjur Pertandingan Antarabangsa Menyumpah COVID-19
Indonesia Anjur Pertandingan Antarabangsa Menyumpah COVID-19
Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19.
Setiap negara mempunyai cara tersendiri dengan memberi kesedaran kepada rakyatnya tentang pandemik ini. Sering menjadi tumpuan ialah negara India dan Indonesia kerana pendekatan yang digunakan boleh dikatakan agak luar biasa tetapi berhasil untuk mendidik masyarakatnya.
Bercakap tentang Indonesia, satu kumpulan yang dikenali dengan nama Pergerakan Budaya Jawasastra menganjurkan pertandingan antarabangsa menyumpah virus COVID-19 dalam bahasa Jawa sebagai cara untuk melepaskan kemarahan terhadap wabak tersebut.
Beberapa kajian mendapati terdapat peningkatan tahap perasaan kecewa, marah, tekanan, takut, gelisah sejak pandemik COVID-19 berlaku. Setiap orang akan melakukan terapi dengan cara yang lebih sesuai dengan dirinya dan atas faktor itu kumpulan tersebut mendapat idea dengan menganjurkan pertandingan menyumpah.
Menurut kumpulan tersebut setiap orang merasakan emosi, menahan kerinduan kampung halaman, menahan kemarahan, dan jika tidak berasa malu mereka mungkin rasa terpanggil untuk ‘memuntahkan ribuan sumpahan terhadap tuhan’.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada laman web mereka, Jawasastra berkata pemenang pertandingan akan dianugerahkan gelaran ‘maharaja sumpah’, selain mendapat sebungkus kopi, tiga buah buku, satu sijil menyumpah, T-shirt, barang keperluan harian dan pemetik api.
Kata pengerusinya, setiap perserta perlu membuat video menyumpah COVID-19 berdurasi tiga minit dalam bahasa Jawa dan kemudian memuat naik di Instagram.
https://www.instagram.com/p/CCZl0cjhWZW/?utm_source=ig_embed
Di sebut sebagai pertandingan antarabangsa kerana pandemik berlaku di seluruh dunia dan orang Jawa tidak kira tinggal di mana dipelawa untuk menyertainya. Tetapi dilarang untuk membuat (komen) rasis, pornografi atau seksis.
Antara penyertaan termasuk sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menyumpah dalam bahasa Jawa, “Hey, koronavirus, kau tu anjing! Kau telah membunuh sumber pencarian kawan-kawan aku hingga mereka tidak lagi dapat bekerja!”
Penganjur menjelaskan, bersumpah merupakan tradisi budaya dahulu dalam peradaban Jawa dan tidak selalu digunakan untuk melahirkan rasa marah. Manakala mengutuk, digunakan untuk melahirkan perasaan gembira.
Kumpulan tersebut pernah menganjurkan acara yang serupa pada tahun 2018 untuk mengecam isu sosial seperti etnik, agama dan bangsa.
Sumber: The Jakarta Post