India Sambung Import Minyak Sawit Malaysia Selpas 4 Bulan Memboikot

India Sambung Import Minyak Sawit Malaysia Selepas 4 Bulan Memboikot

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas empat bulan memboikot minyak sawit Malaysia gara-gara ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun M yang menyentuh isu Kashmir, dilaporkan India sambung import semula bahan berkenaan.

Menurut Reuters, tindakan India sambung import minyak sawit Malaysia sebagai langkah diplomatik pembelian yang diperbaharui ini dilakukan dalam meningkatkan hubungan perdangan antara kedua-dua negara berikutan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang menandatangani perjanjian untuk membeli 100,000 tan beras dari India.

Selepas bertukar kerajaan pada awal Mac lalu, Presiden MCA, Wee Ka Siong menggesa kerajaan India menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia. Dalam kenyataan pertama selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

Gara-gara ucapan Tun M di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akhir September lalu, beberapa syarikat penapis minyak sawit di India telah menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia untuk penghantaran November dan Disember ini.

BACA: Gara-Gara Sentuh Isu Kashmir, Persatuan Dagang India Minta Ahli Berhenti Import Minyak Sawit Malaysia

Ini kerana mereka khuatir kerajaan India akan menaikkan cukai import atau menguatkuasakan langkah lain untuk membendung import dari negara Asia Tenggara sehingga memberikan tekanan kepada harga minyak sawit Malaysia.

India Sambung Import minyak sawit Malaysia
Sumber: Greenchemicalblog
Tindakan boikot dari India ini telah  memberikan kesan kepada industri minyak sawit Malaysia yang mana India merupakan pengimport terbesar yang telah melakukan pembelian sekitar 3.9 juta tan antara Januari hingga September dengan nilai USD2 bilion.
Dalam ucapannya, Tun M telah menyentuh isu pencerobohan dan pendudukan wilayah Jammu dan Kashmir tanpa menyebut nama negara yang melakukannya. Susulan daripada ucapan tersebut, netizen di India telah melancarkan tanda pagar #BoycottMalaysia dan menggesa rakyat India agar tidak melancong ke Malaysia dan memtuskan hubungan perdanganan sebagai tanda protes.