Tik Tik India

India Bangunkan Aplikasi Video Tik Tik Selepas Haramkan TikTok

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan India memutuskan untuk mengharamkan 59 aplikasi telefon pintar China termasuk TikTok dan WeChat yang bertujuan khusus memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang siber India.

Ia susulan selepas pertempuran berdarah tentera kedua-dua negara di sempadan. Hal ini amat mengejutkan seluruh dunia dan sedikit menyukarkan penduduk India kerana aplikasi perkongsian video TikTok amat popular dalam kalangan golongan muda sebagai sumber hiburan mereka.

Dianggarkan terdapat kira-kira 120 juta pengguna TikTok di India, menjadikan negara Asia Selatan dengan 1.3 penduduk itu pasaran antarabangsa terbesar. Ada yang menggunakan TikTok sehingga menjadi influencer terkenal dengan berjuta pengikut.

Disebabkan itu, satu aplikasi baharu ‘Tik Tik – Made In India’ dibangunkan dan semakin popular dalam kalangan rakyat di negara itu selepas TikTok diharamkan.

Ia dicipta oleh Ashish yang juga penuntut tahun ketiga Teknologi Maklumat Kokej Universiti Kejuruteraan di Kottayam, Kerala.

Aplikasi itu yang diperkenalkan tidak lama selepas pengharaman TikTok sudah dimuat turun oleh 30,000 kali.

Tik Tik India
Sumber: The Indian Express

Menurut Ashish, beliau memilih nama aplikasi video itu sebagai Tik Tik kerana ia mudah diingati pengguna. Beliau turut mendakwa bahawa aplikasinya lebih baik daripada Tik Tok dari segi pengalaman pengguna.

Jika TikTok hanya mempunyai had video satu minit, tetapi Tik Tik membolehkan anda merakam video lebih panjang.

Melalui aplikasi itu, pengguna boleh merakam, mengedit dan memuat naik video mereka sama seperti TikTok tetapi bagi segmen duet tidak terdapat dalam aplikasi video itu. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri sembang.

“Sambutannya sangat luar biasa. Walau bagaimanapun, menaik taraf pelayan sangat mahal.” kata Ashish yang ingin memasarkan aplikasinya.

Peningkatan muat turun aplikasi tersebut membuatkan Ashish perlu merekrut orang untuk memantau dari segi keselamtan, pembangunan dan operasi back-end.

Bukan India sahaja, Amerika Syarikat kini sedang pertimbang haramkan TikTok

Menurut CNN, Amerika Syarikat sedang ‘mempertimbangkan’ untuk mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial dari Negara Tembok Besar itu termasuk TikTok.

TikTok yang dimiliki oleh startup ByteDance dan berpangkalan di Beijing, berulang kali dikritik oleh pemimpin politik AS yang menuduh aplikasi video pendek itu mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan China.

Sumber: New Indian Express