
India Bakal Lancar Suntikan Pencegah Kehamilan Pertama Di Dunia Bagi Kaum Lelaki
Sebut soal merancang kehamilan, kebiasaannya akan dikaitkan dengan wanita yang mana antara kaedah yang digunakan ialah pil perancang keluarga, suntikan, IUD dan sebagainya.
Manakala bagi kaum lelaki pula, hanya ada beberapa kaedah yang digunakan bagi merancang keluarga, antaranya menggunakan kaedah ‘semula jadi’ ataupun vasektomi.
Namun kini, India bakal menjadi negara yang pertama memperkenalkan kaedah suntikan perancang kehamilan yang pertama dan efektif untuk kaum lelaki.
Dibina oleh seorang jurutera bio-perubatan, Dr Sujoy Guha dari IIT Kharagpur, ubat suntikan yang digelar sebagai RISUG (Reversible Inhibition of Sperm Under Guidance) ini telah menjalani ujian klinikal sejak 1980-an lagi akhirnya dibenarkan memasuki pasaran.
Suntikan ini hanya perlu diambil sekali sahaja yang mana ianya mampu ‘menahan kesuburan’ individu tersebut sehingga 10 ke 15 tahun! Selepas tempoh yang ditetapkan berakhir, individu tersebut akan mendapatkan kembali ‘kesuburannya’.
Bagaimana RISUG bekerja?
Ubat ini akan disuntuk pada bahagian vasa deference iaitu tiub pada bahagian reproduktif lelaki yang membawa sperma (testis ke urethra) supaya sperma tidak boleh memasuki bahagian urethera.
Walaupun sebelum ini ada kes yang spermanya masih boleh melalui urethra dikaji, namun ianya telah mengalami kerosakan struktur dan tidak akan membawa kepada kehamilan.
Selepas suntikan diambil, tiada risiko pada kesihatan dilaporkan sehingga lebih enam bulan, jika ada pun ianya cumalah sementara dan akan berakhir dalam tempoh masa lebih kurang sebulan.
Tidak akan dilancarkan dalam masa yang terdekat, suntikan ini bukan hanya dilakukan ujian klinikal di India tetapi juga negara lain seperti Amerika Syarikat di bawah pengawasan beberapa pasukan penyelidikan antaranya Universiti Washington dan Penyelidik Perubatan India (ICMR).
Sumber: Firstpost
Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.
12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.