
Indah Water Guna Khidmat Pemungut Hutang ‘Kejar’ Pengguna Gagal Jelas Bayaran Pembentungan
Selepas ini nama pengguna komersial Indah Water yang mempunyai hutang lebih tiga bulan akan diserahkan kepada agensi pemungut hutang bagi menuntut bayaran perkhidmatan pembentungan.
BACA: Isu Hutang RM37.22 Juta, PappaRich Berdepan Risiko Muflis?
Malah tidak akan terkecuali pengguna isi rumah yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan turut akan dikejar supaya melunaskan pembayaran.
Bagi mengatasi masalah bayaran tertunggak, pengguna yang tidak menjelaskan bayaran bukan sahaja akan ‘dikejar’ tetapi juga disenarai hitam dalam CTOS yang mana turut akan menyebabkan penilaian pengguna menjadi negatif semasa permohonan pinjaman.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium (IWK), Shahrul Nizam Sulaiman berkata pengguna yang berhutang lebih dari dua tahun akan menerima surat peguam yang meminta mereka menjelaskan bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan termasuklah penamatan pembentungan air dan bekalan air.

Pengguna yang mahu nama mereka ‘dibersihkan’ kembali bukan sahaja perlu menjelaskan semua hutang tetapi turut membayar yuran pentadbiran supaya nama dapat dikeluarkan daripada senarai hitam.
Mahu elak ‘dikejar’ dan disenarai hitam? Bayarlah yuran pembentungan yang cuma RM8 sahaja sebulan.
Indah Water merupakan syarikat pembentungan dan pengurusan sisa kumbahan Malaysia di bawah Menteri kewangan diperbdankan yang diamanakan untuk membangun dan menyelenggara sistem pembetungan yang moden dan cekap untuk Malaysia Barat.
Trending now



