Sindiket Forex Cyberjaya

Imigresen Tumpaskan 1,000 Ahli Sindiket Forex Warga China Di Cyberjaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian terbesar yang didalangi warga China di Cyberjaya.

Kejayaan itu dimaklumkan dalam hantaran di laman Facebook Jabatan Imigresen mengenai serbuan ke sebuah markas penipuan dalam talian itu di Cyberjaya yang mana hampir 1,000 orang ahli sindiket telah ditahan.

Sindiket Forex Cyberjaya
Sumber: Cyberjaya Info
Sindiket Forex Cyberjaya
Sumber: Cyberjaya Info

Dalam serbuan tersebut, beberapa orang cuba melarikan diri dengan terjun melalui tingkap bangunan. Hasil seruan dan laporan yang dikeluarkan menarik perhatian warganet yang kebanyakannya memuji kejayaan Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini berhubung kejayaan operasi itu.

https://www.facebook.com/cyberjaya.info/posts/141215187287211

Sumber: BH