Imej Kereta Dalam Tasik Rungkai Misteri 22 Tahun Kehilangan Lelaki Tanpa Jejak

Kes kehilangan seorang lelaki yang berlaku sejak 22 tahun lalu akhirnya terungkai apabila satu imej kereta dijumpai menerusi aplikasi Google Earth.

8 November 1997, lelaki yang dikenali sebagai William Earl Moldt dilaporkan hilang tanpa sebarang jejak selepas pulang dari kelab malam dengan menaiki keretanya.

Imej Kereta Dalam Tasik Rungkai Misteri 22 Tahun Kehilangan Lelaki 3
Sumber: The Juicy Reporter

BACA: Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri Kehilangan Di Laut Segi Tiga Bermuda

Menurut kenyataan daripada seorang saksi, mangsa pada malam kejadian tidak mengambil sebarang minuman alkohol dan bukanlah merupakan kaki botol.

Selepas 22 tahun berlalu, seorang penduduk taman perumahan di kawasan berhampiran tasik tersebut telah menggunakan Google Earth untuk melihat kawasan sekeliling sebelum mendapati terdapatnya imej menyerupai sebuah kereta di dalam tasik.

Imej Kereta Dalam Tasik Rungkai Misteri 22 Tahun Kehilangan Lelaki
Sumber: Good

Bagaimanapun apabila sampai di lokasi, tiada kereta ditemukan menjadikan beliau kemudiannya menggunakan sebuah dron bagi memastikan sama ada imej yang beliau lihat di Google Earth wujud atau tidak.

Hasil rakaman dron jelas menunjukkan imej menyerupai sebuah kereta  Рsama seperti imej yang beliau lihat pada Google Earth.

Imej Kereta Dalam Tasik Rungkai Misteri 22 Tahun Kehilangan Lelaki 2

Beliau kemudiannya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis yang kemudiannya mengangkat keluar bangkai kereta tersebut keluar dari tasik dan mendapati wujudnya satu rangka manusia yang dipercayai terperangkap di dalamnya.

Imej Kereta Dalam Tasik Rungkai Misteri 22 Tahun Kehilangan Lelaki 1
Sumber: Good

Hasil daripada laporan siasatan mendedahkan rangka tersebut adalah milik Moldt.

Sebenarnya, imej kenderaan tersebut pernah dilihat pada 2007 namun tiada siapa yang mengendahkannya menyebabkan ianya kekal di sana tanpa sebarang tindakan.

Pihak berkuasa percaya, kereta yang dipandu Moldt yang ditemui dalam tasik berhampiran dengan kawasan pembinaan perumahan di Wellington, Florida menidakkan kemungkinan kejadian tersebut dilihat oleh orang awam.