Iklan PETRONAS getah pemadam

Imbau Memori Zaman Sekolah, Iklan PETRONAS Tampil Animasi Getah Pemadam Seluruh Negeri Sempena Hari Merdeka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan, paling dinantikan semestinya iklan baharu yang dihasilkan. Ia bagaikan perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebagai pengisian sambutan itu.

Sejak era 90-an, iklan kemerdekaan memang berjaya memberi impak besar terhadap semangat patriotisme rakyat Malaysia. Begitu berkuasanya iklan terbabit sehinggakan ada yang masih melekat hingga sekarang.

PETRONAS antara syarikat yang sering menyajikan iklan yang amat menyentuh hati, baik sedih, gembira dan bangga, yang mana mesej utamanya tetap menyatupadukan Malaysia.

Paling penting, bukan saja jalan ceritanya bahkan perkembangan produksinya semakin maju seiring peralihan teknologi. Idea setiap iklan begitu mengagumkan malah segar.

Tahun ini, iklan Hari Kebangsaan PETRONAS memberi kelainan dan unik sekali iaitu menampilkan animasi getah pemadam sedang menjalani misi menyelamat paling sepakat tetapi kalut!

Mengimbau kembali memori zaman sekolah!

Iklan ini cukup mencuit hati. Ia mengisahkan sekumpulan getah pemadam yang masing-masing mewakili setiap negeri sedang memikirkan jalan bagaimana untuk menyelamatkan beberapa kawan mereka yang terperangkap dalam bahaya iaitu berhadapan dengan ‘Kak Long Kawasan’.

Iklan PETRONAS getah pemadam

Menariknya, setiap pemadam bertutur dalam loghat masing-masing yang menjadikan identiti setiap negeri itu unik tetapi dapat memberi kerjasama yang jitu dalam menjalankan misi penuh debaran.

Cukup bermakna, walaupun berlainan negeri, perpaduan mesti dikekalkan dan rakyat ini perlu bersatu hati menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan oleh mana-mana kumpulan atau pihak tanpa mengira kaum, agama atau bangsa.

Inilah perpaduan yang perlu ditunjukkan oleh semua rakyat, sekiranya tidak ada perpaduan, maka segalanya tidak akan tercapai.

Tonton iklan PETRONAS di sini. Selamat Hari Kebangsaan yang ke-63!