Kod QR

‘Imbas Kod QR’ Untuk Pesan Makanan Di Restoran, Memudahkan Atau Menyusahkan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi sama-sama mengikut perkembangan teknologi dan mengatasi masalah kekurangan pekerja, didapati restoran-restoran di seluruh negara kini semakin giat beralih kepada penyediaan menu secara imbasan kod QR.

Pelanggan yang datang hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk membuat pesanan menggunakan telefon pintar masing-masing yang akan membuka pautan yang menyediakan menu.

Macam lebih mudah, kan? Namun, dalam hantaran di Facebooknya, Pendakwah Teknologi berpendapat, beberapa isu yang lain juga perlu diambil kira agar kaedah ini tidak menjadi lebih menyusahkan.

Jom ikuti hantaran yang dibuat olehnya berikut yang menceritakan tentang pengalaman yang dilalui olehnya baru-baru ini di sebuah restoran.

Apa pendapat anda? Imbas kod QR, lebih memudahkan atau menyusahkan?

Kod QR

Scan QR code untuk pesan makanan. Apa jadi kalau tak ada 4G atau 5G?

Saya kongsikan satu isu yang saya hadapi sebelum ni apabila hendak order makanan. Kita kena scan QR code untuk order. Kebetulan wi-fi agak perlahan, signal telefon pula tak ada langsung walaupun kedai berada di tepi jalan. 2G, 4G dan 5G semua tak ada.

Perkara yang sepatutnya memudahkan, akhirnya menyusahkan.

Yang saya hairan, macam mana boleh tak ada signal langsung. Ya, KIP Mall tidaklah setanding Pavilion KL, tapi wajarkah dianaktirikan sampai signal di beberapa bahagian dalam bangunan tak ada terus?

BACA: Berita Gembira! ‘Menu Bajet’ Bakal Diperkenalkan Di Lebih 10,000 Restoran Mamak

Sumber: Pendakwah Teknologi