Imam Masjid Al-Aqsa Dedah Sudah Lama Tidak Terima Dana Dari Malaysia

Palestin Sudah Lama Tidak Terima Sumbangan Rakyat Malaysia
Sumber: IslamiCity

Malaysia bukan negara asing lagi dalam menyalurkan pelbagai bantuan termasuk dari segi tekanan politik untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada terus dikuasai regim Zionis.

Al-Aqsa adalah amanah kepada semua umat Islam di dunia, dan nama Malaysia bukan lagi asing di bumi Baitulmaqdis, kerana ia antara negara yang sering menghantar pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk di sana.

Dilaporkan, dana bernilai jutaan ringgit yang disumbangkan rakyat Malaysia selama ini untuk Masjid al-Aqsa tidak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang mentadbir urus masjid berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu didedahkan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mana pihaknya mengesan kepincangan itu sejak dua tahun lalu selepas menerima maklumat jabatan itu tidak memperoleh sebarang sumbangan.

“Kami difahamkan oleh jabatan itu, sumbangan dana rakyat Malaysia selama ini tidak pernah sampai kepada mereka.

“Kita juga mempunyai bukti memang wujud penyelewengan ke atas dana Palestin dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Palestin Sudah Lama Tidak Terima Sumbangan Rakyat Malaysia
Sumber: Malay Mail

Walid Abu Ali berkata, perkara itu turut disahkan Imam Masjid al-Aqsa sendiri yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini mendedahkan mereka tidak pernah terima dana sumbangan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Susulan itu, beliau meminta rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dengan penipuan aktiviti mengutip dana yang mempergunakan nama Masjid al-Aqsa.

“Jadi kita berharap rakyat Malaysia perlu ambil tahu ke mana perginya sumbangan mereka itu,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sebarang sumbangan dana untuk Masjid al-Aqsa hanya melalui Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir urus Kementerian Wakaf Jordan dan pihak berkuasa Palestin.

Sumber: Harian Metro