jimat duit

Ikuti 4 Tips Mudah Untuk Jimat Duit

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jimat duit boleh menjadi perkara yang sukar pada masa ini, tetapi itu tidak bermakna anda harus berhenti membina dana kewangan untuk anda dan orang tersayang.

Walaupun meningkatkan simpanan anda memerlukan banyak usaha, ada beberapa cara mudah untuk memulakan simpanan kewangan anda.

1. Membuat Belanjawan Diri Sendiri

Adalah hampir mustahil untuk anda dapat menjimatkan banyak wang jika anda tidak menyimpan wang tunai anda dengan baik. Oleh itu, adalah mustahak untuk anda membuat belanjawan dan mematuhinya.

jimat duit

Ketika merekod belanjawan, mulalah dengan melihat pendapatan dan perbelanjaan anda. Sebaik sahaja anda menerima pendapatan anda, tidak kiralah sama ada daripada gaji ataupun daripada kerja tambahan yang anda lakukan, kenal pasti ke mana anda ingin belanjakan wang itu.

Ini juga termasuk kos tetap seperti sewa rumah, makan minum serta perbelanjaan pilihan yang kurang penting seperti hiburan dan juga membeli-belah.

2. Potong Perbelanjaan Anda Selagi Boleh

Selepas mengenalpasti ke mana anda ingin belanjakan wang anda, perkara paling utama yang harus anda lakukan adalah mengurangkan perbelanjaan supaya anda dapat memperuntukkan lebih banyak wang untuk simpanan anda. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa anda sekarang, mungkin ini adalah masa yang lebih genting untuk mengurangkan perbelanjaan.

Beberapa strategi biasa yang anda boleh lakukan adalah seperti mencari tawaran yang lebih baik untuk pembayaran biasa anda menukar kepada penyedia perkhidmatan komunikasi telefon bimbit yang lebih berpatutan. Anda juga boleh mula beralih ke jenama pakaian dan makanan yang lebih murah ataupun mengurangkan perkhidmatan langganan yang kurang digunakan seperti Netflix.

3. Membuat Pelaburan

Pelaburan yang baik adalah melabur pada jumlah yang kecil secara berkala, walaupun ketika pasaran sedang jatuh kerana ini dapat membantu anda mengatasi kemerosotan pasaran dan merupakan salah satu kunci untuk mempunyai keseimbangan yang lebih sihat dalam jangka masa panjang. Prinsip ini dikenali sebagai Ringgit Cost Averaging.

jimat duit

Pengkompaunan atau compounding berlaku apabila anda membiarkan pulangan pelaburan meningkat sehingga anda memperolehi pulangan anda. Dengan tempoh masa yang panjang, compounding memberikan potensi untuk mencapai tahap dalam kehidupan anda di mana wang anda bekerja cukup keras untuk menyediakan sebahagian besar pendapatan anda.

4. Sediakan Dana Kecemasan

Memyediakan simpanan mestilah untuk mencapai matlamat kewangan anda, tetapi jangan lupa juga untuk mempersiapkan diri ketika saat-saat sukar seperti wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang. Inilah masanya dana kecemasan dapat membantu.

Bergantung kepada keadaan, anda mungkin perlu membina dana kecemasan yang besar atau yang cukup untuk anda melalui beberapa minggu tanpa pendapatan tetap.

Apa sahaja yang anda perlukan untuk menstabilkan kehidupan anda semula, adalah sangat penting untuk anda menyiapkan pelan kewangan bagi membantu anda dalam waktu yang tidak dijangka di sepanjang jalan.

Buat anda yang ingin membuat simpanan secara kecil-kecilan serta berkala, boleh teroka Raiz di sini.

BACA: Sehari Pernah Dapat RM3, Kisah Pak Cik Jual Cendol Dalam Keadaan Kaki Patah Runtun Hati Netizen