
Ikut Langkah Mudah Mohon TNB Semak Semula Bacaan Meter Jika Bil Elektrik Anda Melambung Sepanjang PKP
Alahan pada makanan bukanlah perkara yang boleh kita ambil mudah. Hanya penghidapnya sahaja yang tahu betapa seksanya kesan alahan makanan kepada diri mereka. Alahan berlaku apabila tubuh badan bertindak balas terhadap sesuatu bahan kandungan makanan yang boleh memudaratkan sistem imunisasi.
Terdapat tujuh jenis alahan makanan yang sering kita dengar iaitu susu, telur, ikan, makanan laut, kekacang dan gandum. Namun ada beberapa jenis alahan makanan yang sangat-sangat jarang dihidapi masyarakat.
1. Daging
Individu yang mempunyai alahan pada daging boleh dikategorikan sebagai unik dan sangat susah untuk dikenal pasti. Alahan pada daging ini kebiasaannya disebabkan oleh kandungan gula yang dikenali sebagai alpha-galactose (alpha-gal).
Di Amerika Syarikat, alahan pada daging selalunya dikaitkan dengan gigitan daripada sengkenit Lone Star. Ada sesetengah kanak-kanak yang alah pada susu turut mengalami alahan pada daging. Kesan tindak balas daging boleh dilihat dari tiga hingga enam jam selepas makan.
2. Biji bijan
Sama seperti alahan kekacang, individu yang alah pada biji bijan boleh mengalami tindak balas teruk. Sangat jarang berlaku dalam masyarakat, di Amerika Syarikat hanya 0.1% daripada populasi yang mempunyai alahan bijan.
Mungkin mudah untuk mendapati biji bijan pada makanan, tetapi sangat susah bagi bahan-bahan seperti ekstrak biji dan minyak. Kerana risau kepada tindak balas alahan, kebanyakan individu penghidap menjadi lebih berhati-hati dalam pembelian makanan mereka.
3. Avokado
Menariknya, alahan pada buah avokado mempunyai kaitan rapat dengan alahan lateks. Ini kerana protein yang dijumpai dalam buah avokado adalah sama secara strukturnya dengan kandungan getah lateks semula jadi.
Individu yang alah pada avokado juga akan mengalami alahan kepada beberapa buah yang lain iaitu tomato, kentang, betik, pisang dan kiwi.
4. Gula-gula marshmallow
Tubuh badan individu yang alah kepada gula-gula marshmallow ini sebenarnya disebabkan oleh kandungan gelatin. Gelatin terbentuk apabila tisu haiwan bersambung apabila direbus. Turut ditemui dalam gula-gula getah, bijirin aising dan gula-gula kenyal, alahan ini berkait juga dengan sesetengah vaksin, seperti suntikan selsema.
5. Sosej
Dicampur dengan pelbagai bahan pengawet tambahan, reaksi alahan selepas makan sosej adalah disebabkan oleh kandungan nitrat di dalamnya.
Sebenarnya banyak lagi alahan makanan yang ada dalam dunia ini yang tidak popular, iaitu sekitar 160 jenis. Tindak balas alahan jika tidak dirawat secara cepat boleh membawa mudarat sehingga menyebabkan kematian.
Jika anda ada menunjukkan simptom seperti muntah, kesukaran bernafas dan bengkak pada muka, silalah dapatkan rawat segera dari klinik berdekatan.
Sumber: Health Line
Lepak bawa anak-anak malam nanti pun best kan?
Beb Stone Oven Pizza
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2257344317855551/