Anak Micheal Schumacher 1

Ikut Jejak Ayah, Anak Micheal Schumacher Rangkul Kejuaraan Pertama Di Litar F2

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anak Micheal Schumacher iaitu Mick Schumacher mengikut jejak langkah ayahnya apabila berjaya menyandang gelaran juaranya yang pertama dalam perlumbaan Formula Dua (F2) di Hungary kelmarin.

Beliau melakar kemenangan pertamanya di Hungaroring yang mana kawasan tersebut pernah menyaksikan empat gelaran juara ayahnya semasa F1.

Dengan sokongan keluarga di bahagian penonton, Mick berjaya meninggalkan pemandu dari Jepun, Nobuharu Matsushita dengan beza masa cuma 1.4 saat selepas melalui detik persaingan sengit sepanjang perlumbaan.

Anak Micheal Schumacher 2

Mick sebelum ini yang hanya mencatatkan keputusan terbaik di tempat ke-4 di F2 berjaya memenangi F3 tahun lalu dan dilihat berpotensi untuk memberikan persaingan sengit dalam perlumbaan F1 pada 2020.

Micheal dianggap sebagai lagenda dalam dunia perlumbaan F1 apabila berjaya memegang gelaran juara sebanyak tujuh kali dan memegang pelbagai rekod termasuklah kejuaraan terbanyak, pusingan terpantas, petak pertama, mata yang diperoleh dalam satu musim dan kemenangan dalam satu musim iaitu dengan 13 buah kemenangan pada tahun 2004.

Selepas disifatkan dalam keadaan koma disebabkan trauma otak kritikal selepas kemalangan ski pada 2013 di French Alps, beliau kini dirawat oleh rakan baiknya yang juga pakar otak dan pakar kemalangan rawan.

Sumber: ESPN

 

Tengah cari telefon bimbit baharu? Jom tengok spesifikasi Vivo S1.

VIVO S1 : Offical launch in Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.