
Iklan Kreatif Indomie Sempena Ramadan Jadi Bualan Pengguna Media Sosial
Iklan unik Indomie sempena Ramadan.
Jenama mi segera popular Indomie, mencuti hati ramai pengguna media sosial menerusi iklannya yang kali ini berbeza dan unik berbanding sebelum ini.
Lazimnya, video iklan dihasilkan bagi mempromosikan sesuatu produk dan jenama. Dari situ produk dan jenama mula dikenali ramai. Malah jika iklan yang dihasilkan bagus, maka lebih ramai yang akan terpaut dan teringin untuk mencuba sesuatu produk itu.
Kita akan dapat lihat video iklan sesuatu produk makanan dan minuman dengan lebih kerap pada bulan Ramadan kerana tempoh itu rakyat banyak menumpu perhatian depan televisyen.
Dalam iklan Indomie yang tular itu, pada waktu siang iklan berkenaan memaparkan pinggan kosong sempena bulan Ramadan. Dalam iklan tersebut, seorang pelakon kelihatan meniru aksi memasak mi segera.
“Perut anda mungkin kosong, tetapi kita masih mengamalkan kebaikan dari rumah,” katanya sambil merujuk kepada perintah berkurung separa di Indonesia dek COVID-19.
Kocak iklan Indomie. Karena puasa, gak ada gambar makanannya :)) pic.twitter.com/TshMQofE7f
— Mario (@fxmario) April 24, 2020
Indomie juga menghasilkan versi berbeza iklan tersebut yang disiarkan selepas waktu berbuka di mana ia menampilkan sajian mi jenama tersebut.
Iklan sempena Ramadan ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih perhatian ramai.
Pas udah buka, makanannya baru muncul hahahaha pic.twitter.com/6EtOqtnuMF
— Mario (@fxmario) April 24, 2020
Taktik pemasaran syarikat itu dipuji ramai di media sosial kerana unsur kreatif dan juga inovatif.
Sempena bulan Ramadan, Indomie, mengeluarkan bungkusan mi segera tanpa disertakan gambar mi pada paket produk tersebut.
Mi segera Indomie sememangnya sudah terkenal di seluruh dunia sebagai mi segera yang enak dan diterima semua masyarakat dunia. Bahkan, Indomie turut dijadikan makanan ruji kedua di Nigeria.
Indomie, pertama kali dihasilkan pada tahun 1972 dengan perasa sup ayam yang dilancarkan oleh Sanmaru Food Manufacturing yang diasaskan oleh Djajadi Djaja. Terkenalnya Indomie sehingga terdirinya restoran berasaskan mi segera itu dan salah satu cawangannya ada di Malaysia.
Justeru, iklan yang dipaparkan pada Ramadan tahun ini jelas menunjukkan kehebatan mi segera Indomie tanpa perlu ‘berusaha’ memfokuskan rupa hidangan mi yang telah siap dimasak untuk detik yang lama.