brand

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada iklan billboard yang lebih menonjolkan muka founder berbanding produk yang dijualnya.

Adakah iklan sebegini efektif? Ini yang dibicarakan oleh Khairul Hakimin Muhammad. Jom kita ikuti pandangan beliau.

Dah keluarkan produk, jangan main taram buat pengiklanan. Tengok orang buat, kita pun buat. Padahal semua ada strategi berbeza.

Saya suka beri contoh produk Apple dan lain-lain produk android.

298011384_10229491221370817_1551320707818456856_n

Semua teknik dan strategi iklan mereka bagus. Semua kita boleh belajar. Paling penting ialah kita tahu produk kita dan kita fahami semuanya. Bukannya kita buat produk, kita sendiri tak tahu apa benda. Nak cerita kat orang pun tak tahu macam mana.

Tengok Apple membangunkan brand dengan fungsi yang mereka ada. Mereka sentiasa gunakan kekuatan fungsi (features) produk sebagai kekuatan.

Contoh iklan mereka yang biasa kita tengok di billboards atau mana-mana ads yang lalu lalang di socmed,

“Gambar ini diambil menggunakan Iphone 12”

“Keselamatan anda adalah keutamaan kami”

Itu Apple, sudah dikenali. Sebut je orang terus tahu.

Berbeza dengan produk dari team android, mereka sangat suka mengetengahkan produk itu sendiri.

Vivo V7, Selfie lebih jelas, gunakan model atau duta.

Huawei, terus buh gambar telefon bimbit tersebut.

Oppo, Reno, utamakan duta yang menggunakannya.

Semua pengiklanan ini ada tujuan dan ada fasa mereka.

Produk Apple sudah terkenal. Maka mereka utamakan fungsi.

Berbeza dengan banyaknya produk Android dalam pasaran, mereka sedang bangunkan jenama dahulu. Bangunkan supaya orang kenal dahulu. Baru mereka buat iklan tentang fungsi. Kita tengok mereka punya iklan sekitar selepas 3-5 tahun nanti. Pasti akan ada perubahan.

299294708_10229491245851429_7232260494500764799_n

Kita baru ja berniaga, dah sibuk buat iklan macam orang dah kenal. Padahal apa menda pun audien tak tahu.
Salah buat iklan, orang keliru.

Orang keliru, orang malas nak tanya.

Orang malas nak tanya, orang tak beli.

Kita pun salahkan pelanggan, padahal kita yang salah strategi.

Ingat okeh:

Kasi orang ingat jenama dahulu. Kuatkan brand. Kuatkan penjenamaan, kemudian baru kuatkan fungsi produk. Barulah ngam, sebut je orang dah tahu.

Ha begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar weh!