Trailer Spirit Untamed

Ikatan Kasih Antara Manusia Dan Kuda Dalam Filem Animasi ‘Spirit Untamed’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

DreamWorks Animation yang sebelum ini popular dengan beberapa filem animasi seperti How To Train Your Dragon, Madagascar, Shrek dan juga Kung Fu Panda tidak pernah menghampakan penggemar filem animasi, bakal mengeluarkan filem terbaharu sekuel dari francais pertamanya, Spirit: Stallion of Cimarron.

Spirit Untamed mengisahkan tentang Lucky Prescott, seorang gadis yang tidak suka dengan peraturan dan sering mahukan kebebasan berubah kehidupan apabila tinggal jauh daripada keluarganya.

Apabila dia berpindah di kawasan kampung, dia menemui seekor kuda liar bernama Spirit dan mula mengenali haiwan tersebut. Dia juga baru mengetahui yang ibunya ialah seorang penunggang kuda yang gagah dari Miradero, sebuah perkampungan kecil.

Suatu hari, Spirit telah ditangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Lucky bersama kenalan baharu di sana untuk misi menyelamatkan Spirit.

Trailer Spirit Untamed

Dibintangi oleh barisan artis terkenal seperti Isabela Merced, Julianne Moore, Jake Gyllenhaal, Marsai Martin, Mckenna Grace, Walton Goggins, Andre Braugher dan Eiza González, filem arahan Elaine Bogan ini pasti menjanjikan sebuah pengembaraan yang penuh aksi.

Selain itu, lagu ‘Wildest Dreams’ dari penyanyi yang memenangi Album Terbaik di Anugerah Grammy 2021, Taylor Swift juga turut dijadikan lagu latar dalam filem ini.

Sekuel yang pernah tercalon dalam Oscar 2002 dan Emmy Awards ini bakal memasuki pawagam pada 27 Mei 2021. Tonton trailer di bawah.