iflix Dilapor Dijual Kepada Syarikat Induk WeChat, Tencent

iflix dijual Tencent

Salah satu perkhidmatan pesntriman video popular dalam kalangan pengguna tempatan, iflix kini dilaporkan telah diterbitkan dibawah nama Renfeng Media Tech iaitu salah satu syarikat dibawah Tencent.

Terdahulu, perkhidmatan iflix menghadapi masalah dana untuk beroperasi dan baru-baru ini pengasas awal syarikat berkenaan dilaporkan telah berhenti meninggalkan syarikat berkenaan, menurut Amanz.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada pihak Tencent ataupun iflix berkaitan perkara ini. Media hanya mengetahui apabila mendapati nama syarikat yang dipaparkan di halaman Google Play dan Apple Store iflix kini telah dikemaskini kepada Renfeng Media Tech.

Menurut laporan Variety, Tencent dilaporkan telah mengambil pegangan majoriti pada iflix yang meliputi operasi di sekitar 13 buah negara. Difahamkan, jenama iflix akan terus beroperasi selama sekitar 6 ke 12 bulan selepas pengambilalihan.

iflix dijual Tencent
Sumber: Campaign Asia

Pengambilalihan ini kemungkinan memberi manfaat kepada Tencent kerana syarikat tersebut kini akan mempunyai ‘jalan baharu’ untuk memperluaskan kandungan buatan China di rantau Asia Tenggara melalui iflix.

Pengguna iflix juga sering menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan penstriman video ini yang kerana kurang kandungan antarabangsa, menjadikannya kurang menarik berbanding Netflix.

Ini semua boleh berubah sekiranya Tencent mengambil alih syarikat terbabit, dan permulaan kandungan Cina yang lebih banyak di Asia Tenggara.

Secara statistik, iflix hadapi krisis hutang dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak USD158.1 juta (+-RM675 juta) pada tahun 2018 dan pada tahun 2019 mempunyai modal kerja negatif sebanyak USD77.7 juta (+-RM331 juta).

Setakat ini, platform yang boleh didapati di 13 pasaran di Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand ini masih belum mengumumkan sama ada telah menerima sebarang suntikan dana baharu daripada pelabur.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan sekitar spekulasi sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada jenama ini benar-benar akan digantikan atau sebaliknya.

Sumber: Variety