
Identiti Pemandu Proton Persona Tayang Gari Disahkan Seorang Anggota Polis
Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan pemandu kereta Proton Persona menayangkan gari dan enggan memberi laluan kepada kenderaan lain yang cuba menukar laluan.
Memetik laporan FMT, insiden yang berlaku di Jalan Tun Razak itu difahamkan berlaku akibat perselisihan faham melibatkan pemandu Persona dengan pemilik video.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata individu terbabit merupakan anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
“Saya sahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal. Siasatan tatatertib telah dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti,” katanya.
Video berdurasi dua minit itu telah mencuri perhatian netizen dengan rata-ratanya meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan ke atas pemandu terbabit.
1. Police are searching for an individual involved in a incident between two vehicles on Jalan Tun Razak in KL.
In a viral video, one of the individuals is seen overtaking recklessly without signaling, and playing with handcuffs while driving.
📹: Aaron Goh/Facebook pic.twitter.com/aQjq1HTwLh
— BFM News (@NewsBFM) February 13, 2022
Berdasarkan laporan polis menerusi Majoriti, pengadu membuat laporan kerana dikatakan berasa takut dengan tindakan anggota terbabit menayangkan gari semasa memintas keretanya.

“Pada 12 Februari 2022, kira-kira jam 1.04 tengah hari, pengadu dalam perjalanan menuju ke Bukit Bintang, dengan melalui Jalan Tun Razak berhampiran Bangunan Tun Razak Exchange.
“Apabila berada di jalan tersebut. secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona (V**5**) yang berada di susur kiri jalan cuba masuk ke laluan pengadu tanpa memberi apa-apa lampu isyarat.
“Disebabkan tidak dapat memasuki laluan tersebut, pemandu kereta itu telah mengejar dan memotong kereta pengadu sambil menunjukkan gari di tangan kanannya.
“Pengadu merasa takut dengan tindakan pemandu kereta tersebut telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” demikian laporan polis tersebut.
BACA: Pemuda Persoal Tindakan Anggota Konvoi VIP Langgar Cermin Sisi Kereta Kerana Lambat Beri Laluan
Trending now



