Budak Sekolah Ajak Rakan Lakukan Hubungan Intim 5

Ibu Terkejut Anak Lelaki Darjah 6 Terima Ajakan Pelajar Perempuan Untuk Lakukan Hubungan Intim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masalah sosial dalam masyarakat kini semakin hari semakin kritikal. Dengan kemajuan teknologi, semua individu tidak kira umur boleh menjadi target kepada pemangsa-pemangsa ini.

Terdedah dengan kandungan video dan gambar lucah, ramai masyarakat kini menjadikan nafsu sebagai raja dalam menguasai segala tindak tanduk mereka. Maka tidak hairanlah jika kini isu sumbang mahram, r*g*l, s*ks bebas dan dadah amat berleluasa termasuklah dalam kalangan kanak-kanak.

Seorang ibu terkejut apabila anak lelakinya yang berusia 12 tahun menerima ajakan daripada kanak-kanak wanita berusia 11 tahun untuk melakukan hubungan intim. Yang paling terkejut, isi kandungan surat tersebut seakan memujuk anaknya untuk melakukannya.

Budak Sekolah Ajak Rakan Lakukan Hubungan Intim

“Kepada …

Nama aku … Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetu**h dengan perempuan?

Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali sahaja, please. Kalau sekali tak keluar anak.

I like you.”

Astagfirullah. Anak-anak kita semakin nazak! Baru berusia 11 tahun sudah terdedah dengan perkara sebegini, malah dengan beraninya mengajak rakan sebaya untuk melakukannya!

Wanita ini telah menceritakan kepada saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi, pakar psikologi dan salah seorang yang pernah bersuara mengenai isu menamakan alat sulit anak-anak.

Dan saudara Fairuz tampil menjelaskan FAKTOR mengapa perkara ini boleh berlaku pada anak-anak sekecil ini.

1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak.

Beliau berkata semasa melakukan ceramah di sekolah, masih ada lagi kanak-kanak Darjah 6 tidur bersama ibu bapa. Kebiasaannya ibu bapa ini tidak memikirkan kesan daripada perlakuan ‘hubungan suami isteri’ yang dilakukan akan menyebabkan anak-anak berfikiran liar dan ketagihan.

2. P*rnografi

Akses kepada laman ini sama ada sekali sekala atau sampai ketagih, semua orang pun tahu kesannya bagaimana kepada otak, perilaku dan nafsu manusia. Lihat sahaja kes-kes melibatkan kanak-kanak kini seperti seorang lelaki Darjah 5 yang bertindak mer*g*l kakak sepupunya yang berusia 12 tahun selepas terangsang menonton video lu**h.

3. Ajaran daripada rakan-rakan

Ada rakan-rakan sebaya yang sudah mengakses video p*rn*grafi akan mengajar pula rakan-rakannya yang lain di sekolah.Contohnya ada kes seorang budak lelaki Darjah 1 mengajak rakan lelakinya ke tandas untuk main r*g*l-r*g*l dan melakukannya.

4. Mangsa pengantunan (sex grooming)

Ada pihak yang tak bertanggungjawab terutamanya kenalan terdekat seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan kanak-kanak umur sebegini untuk tujuan s**sual.

Walau kanak-kanak ini telah menjadi mangsa c*bul atau r*g*l, tapi beliau tidak tahu yang dirinya mangsa dan pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan tersebut adalah normal dan menyeronokkan.

Lepas menjadi mangsa, child sex predator ini akan kebiasaannya akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran yang boleh menutup mulut mereka.

Apakah KESAN kepada perkara ini?

1. Beliau akan jadi mangsa s**ksual.

2. Beliau akan groom rakan-rakannya di sekolah.

PERINGATAN UNTUK IBU BAPA

Budak Sekolah Ajak Rakan Lakukan Hubungan Intim 1

PERINGATAN BUAT GURU

Budak Sekolah Ajak Rakan Lakukan Hubungan Intim 2

Dalam membendung masalah sosial ini daripada terus menular dan menjadi penyakit, kita semua perlu memainkan peranan dalam masyarakat. Jangan hanya mengecam tetapi lakukan sesuatu agar kesakitan masyarakat kita dapat dirawat.

Jika keadaan sekarang sudah cukup teruk, bagaimana nasib anak-anak di masa akan datang? Mampukah kita menjadi bangsa Melayu dan umat Islam yang masih boleh dibanggakan?

Sumber: Akhi Fairuz AL-Jengkawi

Tahniah Eylia!

Malaysia Next Global Superstar : EYLIA GUNTABID

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.