Buku Sekolah

Ibu Risau Anak Lukis Gambar Menakutkan Dalam Buku Sekolah, Warganet Suruh Berubat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang ibu telah berkongsi kerisauan mengenai lukisan-lukisan yang sangat menakutkan yang ditemui dalam buku sekolah anaknya.

Hasil karya lukisan anaknya itu dikongsikannya melalui satu video berdurasi kira-kira satu minit melalui akaun TikTok Herdiana @nicky_13101 yang kini tular dan mendapat respon luar biasa dari warganet.

Ramai netizen turut meninggalkan komen yang rata-ratanya berpendapat anaknya yang tidak dinyatakan umurnya itu kini memerlukan bantuan pakar kerana dipercayai terdapat ‘gangguan’ atau tekanan mental yang membuatkannya berkelakuan seperti itu.

Berikut merupakan hantaran yang dibuat olehnya yang memohon nasihat dan pendapat dari orang ramai.

Semoga Puan Herdiana terus cekal dan tabah.

Buku Sekolah

Assalamualaikum semua.. Maaf saya tak dapat nak balas satu persatu.. Anak saya tak pandai pun melukis pun sebelum ni.. Kalau melukis pun biasa-biasa je..

Tapi lately dia suka bersendiri dan tidur di ruang tamu… Ada satu lukisan tu dia lukis berlatarkan dalam rumah saya..

Bila saya slow talk dengan dia.. Dia just suka and gelak je..kami selalu juga bergaduh.. Tapi biasalah gaduh anak dan mak… Minta semua doa yang baik-baik je ya…

BACA: “…Ambil Gunting Nak Cucuk Adik Dia” – Ibu Risau Anak Jadi Ganas Lepas Tonton Siri Kartun

Sumber: Herdiana @nicky_13101