Ibu Bapa Sanggup Tinggal Anak Disyaki Terkena Koronavirus Di Lapangan Terbang

Ibu Bapa Sanggup Abaikan Anak Kena Koronavirus Di Lapangan Terbang
Sumber: 9Gag

Dalam kemelut melanda dunia akibat virus Koronavirus yang merebak yang ditemui asalnya dari bandar Wuhan, China telah membatalkan semua acara awam utama sambutan Tahun Baharu Cina termasuk dua acara yang membabitkan kuil.

Manakala penduduk Wuhan, bandar pelabuhan utama di tengah wilayah Hubei dengan populasi seramai 11 juta orang, diberitahu agar tidak meninggalkan bandar itu tanpa alasan khas dan arahan tersebut disusuli perberhentian pengangkutan.

Jadi, pergerakan penduduk China terbatas lebih-lebih lagi untuk ke luar negara. Namun, baru-baru ini kecoh di media China apabila ibu bapa ini bertindak meninggalkan anak-anak mereka yang disyaki terkena jangkitan virus yang sedang menular sekarang ini.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou yang mana dua kanak-kanak itu menunjukkan simptom koronavirus. Justeru, kakitangan di situ terpaksa menghalang keluarga tersebut daripada menaiki pesawat.

Ibu Bapa Sanggup Abaikan Anak Kena Koronavirus Di Lapangan Terbang
Sumber: 9Gag

Bagaimanapun, ibu bapa kepada kanak-kanak itu bertelagah dengan kakitangan di situ kerana mahu juga menaiki pesawat. Difahamkan, mereka sekeluarga ke lapangan terbang untuk berlepas ke kampung mereka di Changsha sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Namun kerana gagal meyakinkan pihak berkuasa, pasangan itu mengambil keputusan untuk meninggalkan anak-anak mereka dan terus menaiki pesawat.

Situasi itu menyebabkan penerbangan ditangguhkan sehingga tiga jam kerana penukaran pintu masuk oleh pihak berkuasa. Sementara itu, kanak-kanak tersebut terpaksa dijaga sementara oleh kakitangan di sana untuk tindakan selanjutnya.

Bandar Wuhan ketika ini sunyi kerana perkhidmatan kereta api dan penerbangan keluar bandar digantung serta laluan di lebuh raya juga ditutup. Manakala kesemua panggung wayang, siber kafe dan pasar di bandar jiran, Huanggang ditutup.

Sumber: 9Gag