Alan Kurbi 3

Ibu Alan Kurdi Kesal Kisah Arwah Anak Difilemkan Tanpa Pengetahuan Mereka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anda ingat lagi tentang kisah tragedi seorang kanak-kanak lelaki Syria berusia dua tahun, Alan Kurdi yang lemas bersama beberapa ahli keluarga lain ketika melarikan diri dari Syria menuju ke Greece dengan menaiki bot?

Tragedi yang berlaku pada tahun 2015 ini akibat daripada krisis migrasi Eropah menimbulkan pelbagai reaksi emosi masyarakat dunia sehingga memaksa Kesatuan Eropah membuka sempadannya buat sementara waktu untuk pelarian Eropah.

Alan Kurbi

Dengan berlatarbelakangkan kisah ini, satu produksi rumah perfileman telah menghasilkan sebuah filem bertajuk Aylan Baby: Sea of Death yang sedang menjalani penggambaran di Turki; di mana mayat Alan ditemui.

Menampilkan pelakon Amerika, Steven Seagal, filem tulisan dan arahan Omer Sarikaya ini dikhabarkan dibuat tanpa kebenaran dan pengetahuan keluarga Alan.

Walaupun banyak kali menerima tawaran kisah arwah untuk dijadikan sebagai filem, keluarga Alan menolak terutama di pihak ibu bapanya yang tidak sanggup melihat anak mereka yang tidak boleh bertutur (pada ketika itu) hidup kembali di dalam filem selain daripada pertukaraan ejaan Alan kepada Aylan.

Alan Kurbi 2

Memberikan respon kepada perkara tersebut, Sarikaya memberitahu tema filem itu bukan sepenuhnya menumpukan pada kehidupan Alan, tetapi kepada isu yang lebih besar iaitu krisis pelarian.

Filem ini ialah mengenai Bayi Aylan, bukan Alan Kurdi. Sesiapa sahaja berhak untuk mencipta cerita baharu, penulisan baharu dengan menggunakan Alan Kurdi dan saya akan menyokongnya. Sekarang, ianya (tajuk filem) sudah tidak boleh ditukar.

 

Dijangka bakal menamatkan penggambaran akhir Julai ini, Sarikaya memberitahu bahawa beliau mahu menaikkan filem itu di beberapa festival bertaraf antarabangsa, menjalinkan hubungan dengan Netflix dan kemudiannya menyerahkan keuntungan bersih filem tersebut kepada pelarian.

Walaupun Sarikaya sedar bahawa keluarga Kurdi tidak menyukai tindakannya (menerbitkan filem tersebut) namun beliau tetap mahu bersemuka dengan mereka seterusnya menjemput mereka ke tayangan perdana filem tersebut.

Sumber: CBC