afif-kusuma-QBu_jVpLnzA-unsplash

Ibadah Haji DIY, Adakah Ia Dibenarkan Oleh Undang-Undang?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menjadi satu berita yang hangat diperkatakan pada musim haji tahun ini apabila terdapat lebih 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan untuk menjalankan ibadah haji.

Antara penyebab bakal jemaah haji cenderung untuk mengambil langkah ini adalah kerana sistem penggiliran Tabung Haji yang amat lama serta kuota visa haji yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi amatlah terhad.

Maka, ada juga bakal jemaah haji yang ingin menjalankan ibadah haji secara sendiri atau pun DIY melalui visa furada.

Namun, adakah ibadah haji DIY ini dibenarkan oleh undang-undang? Ini yang dikongsikan oleh Masnira Ramli. Jom kita baca.

Ibadah Haji DIY.

Saya dah lama nak menulis tentang ini. Asyiklah tak sempat. Kebetulan ada yang bertanya ni saya kongsi secara umum di sini ya.

Tiada jalan cepat.

Perlu menggunakan visa haji furada atau jemputan selain dari menunggu giliran Tabung Haji.

BACA: Terpaksa Cari Visa Haji Furada, Ramai Tak Puas Hati Sistem Penggiliran Tabung Haji

299943717_10218844563419178_3855446091892870624_n

Itupun perlu sangat berhati-hati kerana dah ada scammer yang membuat untung besar setahun sekali dengan menipu jemaah yang sangat-sangat ingin menunaikan ibadah haji.

Saya faham keinginan dah kesungguhan kalian. Usaha kalian untuk menunaikan ibadah ini.

Namun, niat, kesungguhan, dan usaha haruslah seiring sejalan dengan hukum hakam dan undang-undang kedua belah negara.

Saya langsung tidak salahkan puan yang bertanya soalan ini.

Siapa pun yang tahu tentang peraturan jika perkara itu bukan senang nak dapatkan maklumatnya, bukan? Malah, saya senang beliau bertanya.

Baru-baru ini ada yang menggunakan visa pelancong untuk buat haji. Dinyatakan pula secara terangan di status FB.

Saya beranggapan beliau tidak tahu perkara itu menyalahi undang-undang. Boleh ditangkap, didenda dengan jumlah RM50k atau lebih dan di ban dari masuk negara Saudi selama 10 tahun.

Bukan itu sahaja, malahan perlakuan sebegini boleh menyusahkan jemaah kita akan datang. Boleh jadi peraturan untuk mengerjakan haji lebih ketat lagi bagi jemaah negara kita. Atau boleh jadi juga permohonan untuk membuat visa pelancong menjadi lebih sukar!

Sekarang ini negara kita diberikan kelebihan untuk memohon visa pelancong melalui atas talian sahaja.

Tidak semua negara diberikan keistimewaan tersebut. Maka, perlu sama-sama menjaga kepercayaan. Jangan salah guna dan mengambil kesempatan.

300378468_10218844567299275_3104157403488565974_n

Pada saya ‘wajib mengerjakan ibadah haji jika berkemampuan’ itu bukan dari segi wang ringgit dan fizikal sahaja.

Malahan, perlu mengambil kira akan peraturan. Usaha yang baik pasti Allah pandang dan makbulkan dengan sebaiknya.

BACA: Visa Haji Furada/Mujamalah: Ini Apa Yang Bakal Haji Perlu Tahu Untuk Elak Dari Kena Tipu

Sumber: Masnira Ramli