
‘Hyperfocus’ – Bahaya Dan Kesan Buruk Anak Yang Suka Main Gajet
Salah satu kaedah paling mudah yang sering digunakan oleh ibu bapa hari ini untuk mengasuh anak mereka tanpa serabut dan pening kepala ialah dengan memberikan mereka bermain gajet.
Berikan saja mereka main smartphone atau tablet nescaya mereka akan senyap dan khusyuk tanpa mengganggu lagi ibu bapa yang selalunya sibuk dengan aktiviti masing-masing, kan?
Tapi, ramai yang tak sedar mengenai masalah ketagihan gajet yang mungkin akan berlaku dan seterusnya akan membawa kepada masalah hyperfocus kepada anak-anak tersebut kelak.
Apakah sebenarnya masalah hyperfocus ini? Bagaimana hyperfocus ni boleh terjadi? Macam mana nak elakkan hyperfocus ni dari berlaku?
Seorang pengguna Twitter, gymcademy_otaisyah (@aisyahrozalli) dari GymCademy yang juga merupakan seorang ibu telah berkongsi informasi berikut mengenai hyperfocus.
Semoga selepas ini, ramai ibu bapa lebih cakna mengenai isu hyperfocus di kalangan anak-anak mereka.
Tahu tak?
Anak kita yang nampak FOKUS masa main game kat smartphone tu, sebenarnya bukan fokus biasa-biasa tau…
Tapi, HYPERFOCUS.
Dia terlalu fokus pada dunia dalam gadget dia, sampai dia tak aware pun dengan apa yang berlaku di sekeliling.
Kadang, dia tak aware pun dia tengah duduk dalam posisi paling tak selesa dalam dunia.
Nak tahu apa kesannya bila anak kita terlalu kerap HYPERFOCUS dengan gadget ni?
Hyperfocus buat:
❗️Anak kita akan sentiasa perlukan rangsangan bila gadget tiada. Jadi, anak akan macam “tak tentu arah” dan “takde idea” nak buat apa kalau tak bagi gadget.
Hyperfocus buat:
❗️Anak akan susah nak fokus kepada aktiviti yang “low stimulation” macam menulis, membaca. Sebab takde benda bergerak-gerak macam dalam game kat gadget dia. Maka, anak kita akan kelihatan sangat struggle nak sustain perhatian semasa aktiviti membaca menulis ni.
Hyperfocus juga akan buat:
❗️Anak kita kehilangan kreativiti. “Eh, main Roblox kreatif apa!!!”
Ya. Tapi, tanpa Roblox, anak kita kadang tak tahu nak buat apa. Dia jadi tak tahu nak explore “REAL THINGS” yang ada di sekitar dia.
Semua ni, akan akibatkan kita mula nampak anak kita kurang fokus.
– kurang fokus masa belajar
– kurang fokus masa berborak
– kurang fokus masa main “LUAR GADGET”
Jadi, kena KAWAL.
KAWAL penggunaan gadget anak kita, sebelum kita menyesal di kemudian hari.
Semoga bermanfaat ❤️
BACA: Kandungan Lucah Dalam Roblox – Golongan Ibu Bapa Tampil Bantu Beri Pencerahan
Sumber: Twitter gymcademy_otaisyah @aisyahrozalli