Hutang iflix Mula Dibongkar Satu Per Satu

Hutang iflix Mula Dibongkar Satu Per Satu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Platform penstriman video milik tempatan, iflix yang sedang berdepan dengan krisis hutang dikatakan telah diterbitkan di bawah nama Renfeng Media Tech, salah satu syarikat di bawah Tencent.

BACA: iflix Dilapor Dijual Kepada Syarikat Induk WeChat, Tencent

Difahamkan, krisis hutang iflix mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM675 juta pada tahun 2018, manakala pada tahun 2019 modal kerja terkumpul adalah sebanyak negatif RM331 juta.

17 Julai lalu, studio Lacuna Pictures secara terbuka mendedahkan bahawa iflix tidak membayar yuran lesen (licence fee) untuk filem thriller politik yang telah melepasi tarikh akhir pembayaran pada 1 Julai.

https://www.facebook.com/daulatmovie/posts/736958370397838?__xts__%5B0%5D=68.ARBDYno0Kj5RV-_fT6mrqN061-nU0l3amskErF4o94qR6PGXi9D3ZamzbOe4Obdh6N_7TAQWqW1jnv6y3n93Cd9SjptJ5KbWclEqu3WybgXIh6lSSobsJEfniyr6jF7OCXl13JZkzyG8HBfmgLXFxr2Ye8T2qSu4gjtAzltwU3sYM8-c6ky9rV4Asd2AB04C40fk2JF-Gyd7nXtX43SMZ7P28OHrnrN3cyT6vBXFNi_9VymkPK00geHfMzM8ASv1c9MBbeQeDdQlUUWeqyeo1e3Xa0mRL7d8k8dY-RSJiKSVJlnyMANWIzLof-doNq2nDRnhNcg97IQ00bAqLSA&__tn__=-R

Filem Daulat yang sebenarnya dibiayai dengan wang studio sendiri telah ditayangkan secara perdana dan percuma di platform penstriman ini.

Tetapi, Lacuna Pictures bukanlah satu-satunya pihak yang terjejas kerana baru-baru ini ada beberapa pihak telah mendedahkan turut menjadi mangsa yang tidak menerima bayaran daripada iflix.

Menurut satu sumber kepada laman web TwentyTwo13, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengambil tindakan menyaman iflix dengan amaun ‘juta-juta’ kerana melanggar kontrak.

Hadapi Krisis Hutang, iflix Kini Dilaporkan Sedang Dalam Perbincangan Untuk Dijual 1
Sumber: The Flash Blog

Pada awalnya, iflix bersetuju untuk menandatangani perjanjian selama 10 tahun bernilai RM300 juta untuk menawarkan penstriman secara langsung perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.

Tetapi dalam tempoh kurang tiga tahun dari tempoh perjanjian ditandatangani pada Januari 2018, masalah mula timbul dan disebabkan itu iflix bakal dibawa ke mahkamah.

Nicolas Anil, pakar bola sepak dan wartawan yang bekerja untuk media sosial iflix sejak 2018 turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada iflix kerana menghadapi masalah dalam menerima bayaran.

Sudah meminta agar ianya dijelaskan sejak September 2019 namun ‘tidak dijawab’ menyebabkan Nicolas tiada pilihan selain membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

Pada April lalu, Pengerusi iflix, Patrick Grove dan pengasas bersama iflix, Luke Elliot telah meninggalkan barisan lembaga pengarah.

BACA: Hadapi Krisis Hutang, iflix Kini Dilaporkan Sedang Dalam Perbincangan Untuk Dijual

Pada bulan yang sama juga, iflix dikatakan telah melakukan pengecilan tenaga kerja kurang dari 65 orang sebagai usaha mengurangkan kos operasi perkhidmatan susulan daripada tarikh akhir hutang yang semakin menghampiri iaitu pada 31 Julai ini.