KKM Tiada Kuasa Larang Pemandu Mabuk

Hukuman Terhadap Pemandu Mabuk Akan Dipinda Kepada Yang Lebih Berat – Kabinet

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak lari daripada isu pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah atau pun alkohol, Malaysia akhirnya mengambil langkah untuk mengetatkan lagi hukuman terhadap pelaku kesalahan ini.

BACA: Kementerian Tiada Kuasa Larang Pemandu Mabuk – KKM

Setelah mengambil kira beberapa aspek, kabinet semala telah memutuskan untuk bersetuju meminda undang-undang lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula sama ada akan diperketat atau pun diberatkan lagi.

Taiwan Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk

Seksyen 41 – Pemanduan secara mellu dan berbahaya sehingga mengakibatkan maut yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.

Seksyen 44 – Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 3 tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Seksyen 45Kepekatan alkohol pemandu yang kini mengenakan had alkohol pemandu 80mg alkohol bagi setiap 100ml darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50mg alkohol bagi setiap 100ml darah.

Taiwan Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk 1

Antara pihak berkepentingan yang akan turut serta dalam perbincangan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), peguam negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi berkaitan bagi membolehkan pindaan dibawa ke Parlimen seawal Julai ini.

BACA: Kerajaan Perlu Perkenal Had Masa Pengambilan Minuman Alkohol – Exco P Pinang

Semasa ditanya mengenai pendapat bahawa Taiwan kini sudah mengenakan hukuman mati terhadap pemandu mabuk, Loke memberitahu Malaysia tidak perlu mengikut negara lain kerana Malaysia ada undang-undang sendiri.

Seorang peguam, Baljit Sidhu memberi pendapat bahawa kerajaan perlu mengubah pendekatan dalam menangani masalah memandu di bawah pengaruh alkohol; bukan untuk menghukum semata tetapi juga mendidik dan menimbulkan kesedaran.

Sumber: FMT