Hukuman Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Indonesia Selepas ‘Prank’ Plastik Daging Korban Isi Sampah 2

Hukuman Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Lepas ‘Prank’ Plastik Daging Korban Isi Sampah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hukuman penjara 10 tahun menanti YouTuber Indonesia jika didapati bersalah selepas melakukan prank daging korban.

Prank seakan sudah menjadi satu budaya dalam dunia teknologi ini. Demi jumlah tontonan dan pengikut, video prank semakin menjadi-jadi dimuat naik di laman media sosial tanpa mengira negara.

Yang terbaharu di Indonesia, seorang YouTuber, Edo Putra bersama rakannya yang tidak didedahkan identitinya telah melakukan prank kepada dua wanita di sebuah kampung dengan memberikan dua plastik hitam yang kononnya berisi 5kg daging korban.

Namun, kedua-duanya diminta untuk tidak membuka plastik tersebut pada waktu tersebut. Apabila dibuka, beg plastik tersebut didapati hanyalah diisi dengan sampah yang mereka kutip di kawasan kampung.

Hukuman Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Indonesia Selepas ‘Prank’ Plastik Daging Korban Isi Sampah
Sumber: Kompas

Pada ketika itu jelas kelihatan riak kecewa pada wajah mangsa prank tersebut. Mereka kemudiannya kembali kepada mangsa dan memohon maaf sebelum menyerahkan sekitar RM144 kepada mangsa untuk membeli daging.

https://www.youtube.com/watch?v=pnNJJ1yHjLo

 

Video yang sudah dimuat naik di laman YouTube didapati mendapat lebih banyak tanda tidak suka daripada suka serta kritikan di laman komen disifatkan keterlaluan oleh orang ramai.

Menurut Ketua Komisioner Polis Palembang, Anom Setyadji, kedua-duanya sudah ditahan di bawah kesalahan Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti kerana melanggar etika kesopanan yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Sebelum ini, prank ojol popular di Indonesia.

BACA: Tular Budaya ‘Prank Ojol’, Grab Indonesia Ambil Tindakan Tegas Pada YouTuber Biadap

Nama prank ojol ini diasaskan daripada perkataan ojek online yang mana pemangsa yang melakukan prank akan memesan makanan dalam amaun yang banyak kemudiannya membatalkannya di saat pekerja sudah menghampiri lokasi penghantaran.

Akibatnya, pekerja terpaksa menanggung kos tersebut kerana kaedah pembayaran yang digunakan adalah secara tunai. Manakala pemangsa akan merakamkan reaksi pekerja berkenaan sebelum memuat turun di laman media sosial mereka untuk tontonan umum.