Foto Utusan Malaysia, Facebook

Hukuman Ke Atas Pencuri Tabung Masjid, Menginsafkan Atau Melampau? Rata-Rata Netizen Sebak Setelah Tahu Kisah Sebenar Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari yang lepas, tular sebuah video yang memaparkan seorang pencuri tabung sebuah masjid di Rawang sedang menjalani ‘hukuman’ dari pihak pengurusan masjid berkenaan.

Beliau yang hanya merupakan seorang remaja berusia 19 tahun dilumur dengan kapur barus dan dimandikan seperti `jenazah’ sambil diawasi penduduk kampung.

Ramai yang menyokong bentuk hukuman ke atas pencuri tabung masjid tersebut yang dilihat wajar, menginsafkan serta sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan.

Namun, tidak kurang juga yang berpendapat ianya sebagai keterlaluan, melampau, zalim serta tidak patut berlaku kerana pihak pengurusan masjid tersebut seolah-olah mengambil tindakan sendiri seperti samseng dan membelakangi undang-undang.

Lebih menyedihkan, pihak terbabit juga seolah-olah tiada langsung sifat tolak ansur, bersimpati atau ingin mendengar terlebih dahulu apa sebenarnya yang mendorong remaja tersebut untuk mencuri.

Salah seorang yang lantang bersuara ialah Anina Saadudin menerusi hantarannya di Facebook:

Foto Facebook
– Foto Facebook

“Berita seperti ini tidak akan membantu Malaysia nampak telus dan berintegriti di mata dunia.

Nak naikkan maruah Malaysia kena siasat –SENSOR–.

Adik ini anak sulung, berusia 19 tahun, ibu bapanya berpisah ketika dia berusia 8 tahun.

Dia tinggal bersama datuknya yang berusia 70 tahun dan sedang sakit.

Mereka hidup susah, makan minum pun disedekahkan oleh jiran-jiran.

Dia masuk ke masjid, heret tabung derma ke bilik jenazah dengan niat untuk mencuri.

Dia ditangkap, dimandi jenazah dan disapu kapur barus oleh orang masjid, ditahan oleh polis, didakwa, dijatuhkan hukuman penjara 10 hari, denda RM4,000.

Gagal bayar denda, dia akan dipenjarakan 5 bulan.

Tak cukup dengan itu, videonya disebar di media sosial untuk mengaibkannya.

Tuan-tuan, kalau anak kita umur 19 tahun buat salah, kita nak bunuh ke?

Kenapa bunuh masa depan anak ini?

Kenapa tuding jari senaraikan dosa dia sahaja?

Kenapa tidak tanya diri kita, apa tanggungjawab kita untuk bantu, didik, sayangi anak ini?

Saya seorang ibu, hati saya menangis melihat anak ini.

Nasibnya tidak baik kerana tidak kenal –SENSOR–.

Jika tidak, pasti tiada sesiapa pun di Malaysia ini boleh menyentuhnya.

Saya harap institusi DiRaja negara ini sanggup turun ke bawah, lihat masalah rakyat jelata, bantu sebagai seorang Khalifah Islam.

Semua pemimpin perlu tengok masalah rakyat.

Mana Menteri Wanita yang sepatutnya menjadi ibu kepada rakyat? Tengok saja ke anak ini dizalimi?

Mana Menteri Agama, duduk wirid di kerusi empuk ke?

Mana Menteri Pendidikan, tak turun lihat keciciran anak muda dari pendidikan ke?

Mana semua pemimpin hebat Malaysia ini?

Oh, itu bukan bidang kuasa menteri? Waktu kempen pilihanraya semua anak orang didukung.

Tidak ada hati perut ke masing-masing makan gaji buta?”

PU Syed menerusi akaun Facebooknya turut memuat naik hantaran berikut:

Foto Facebook
– Foto Facebook

“Isu curi tabung masjid satu hal. Bila ditangkap, dimandikan ditempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya bakal mengundang satu hal yang lain.

Marah memang kita marah. Tapi risau walhasil dari kemarahan tersebut, nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.

Takut banyak benda yang akan tidak beres nanti di zaman canggih manggih ini.”

Hasil dari ribuan perkongsian dan komen yang diterima di Facebook, isu ini berjaya ‘membuka mata’ ramai pihak yang bersimpati dengan ‘hukuman’ dan nasib yang menimpa remaja si pencuri tabung masjid ini.

Terkini, melalui info yang didapati dari ruangan komen, difahamkan denda RM4,000 yang dikenakan terhadap beliau telah pun dibayar penuh oleh seorang insan pemurah yang tidak mahu dikenali.

Foto Facebook
– Foto Facebook

Namun, di sebalik itu juga, timbul pula kisah yang masih tidak dapat dipastikan mengatakan bahawa remaja tersebut sebenarnya positif dadah jenis syabu.

BACA: Remaja Hilang Dua Malam Lepas Buang Air Kecil Dalam Semak Ditemui Lemah, Sangka Tidur Hanya Sejam

Sumber: Anina Saadudin, PU Syed