
Hukum Menampar Muka Orang Dari Sudut Islam
Satu dunia kecoh semalam setelah berpeluang menyaksikan insiden seorang bintang Hollywood ditampar secara langsung di kaca TV.
Ramai yang tampil memberikan pendapat masing-masing di media sosial dan rata-rata masih berbeza pendapat adakah wajar tamparan tersebut dilakukan.
Jika dilihat dari sudut agama, memang jelas Islam melarang umatnya melakukan kekasaran dan menyakiti orang lain.
Ketika berperang, melaksanakan hukuman hudud malah ketika mendidik anak sekalipun, adalah wajar untuk mengelak dari melakukan perkara yang boleh mencederakan bahagian muka.
Keindahan agama Islam yang mementingkan rasa cinta dan kasih sayang ini diulas oleh seorang peguam korporat, Zahari Affendi Abdul Kadir di Facebook Farid Ikhwan Nasution.
Semoga perkongsian dari beliau ini dapat dimanfaatkan bersama dalam perjuangan menegakkan lagi syiar Islam di persada dunia. Wallahu ‘alam.
MENAMPAR MUKA ORANG
Sejak minggu lepas lagi kisah menampar orang ni dah heboh, bermula dari kisah Pok Ya Cong Codei tampar budak yang suruh dia lupakan Siti, kisah Muda Primula tampar si Jebat, menantu Nasir Badak, dan minggu ni kecoh kisah Will Smith menampar Chris Rock…๐
Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan menampar muka orang ni…..tapi ada ke dalam Islam sentuh tentang menampar muka orang ni?
Banyak hadis Nabi yang direkodkan berkenaan larangan menampar muka ini dan ianya dihukumkan sebagai HARAM.
1) Nabi SAW ada bersabda:
ุฅูุฐูุง ุถูุฑูุจู ุฃูุญูุฏูููู ู ููููููุฌูุชูููุจู ุงููููุฌููู
Maksudnya: โApabila seseorang kamu memukul maka jauhilah muka.โ [Riwayat Ahmad (7323)]
2) Nabi SAW juga bersabda:
ุฅูุฐูุง ููุงุชููู ุฃูุญูุฏูููู ู ููููููุฌูุชูููุจู ุงููููุฌููู
Maksudnya: โApabila seseorang kamu berperang, jauhilah dari (mencederakan) muka.โ [Riwayat al-Bukhari (2559) dan Muslim (6817)].
3) Sabda Nabi saw; “Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syarak) hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya.” [H.R. Bukhari & Muslim].
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata; “Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan.”
Imam al-Sonโani dalam kitab Subulus Salam, 7/16 pula menyebut: Hadis ini merupakan dalil haram memukul muka dalam semua keadaan, sama ada untuk mendidik atau sebagainya dan ia (muka) harus dielakkan, tidak dipukul, tidak ditampar sekalipun dalam hudud yang disyariatkan dan sekalipun dalam jihad.
Sumber: Facebook Farid Ikhwan Nasution