Hudson Odoi

Hudson-Odoi, Pemain Pertama Liga Perdana Sah Positif Koronavirus

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kelab Liga Perdana mengumumkan bahawa pengurus Arsenal, Mikel Arteta sudah disahkan positif koronavirus. Tidak lama kemudian, Callum Hudson-Odoi pula diumumkan sebagai pemain pertama Liga Perdana yang disahkan positif koronavirus hari ini.

Susulan dengan itu, pusat latihan Colney di London ditutup dan kesemua pemain Chelsea dan kakitangan jurulatihnya diminta untuk mengasingkan diri serta menjalani perintah berkurung.

Hudson Odoi 1

Ini termasuklah skuad penuh lelaki, staf kejurulatihan dan beberapa kakitangan sokongan.

Menurut Chelsea, mereka akan membincangkan mengenai perlawanan seterusnya bermula dengan kunjungan ke Aston Villa Ahad ini dengan pegawai Liga Perdana hari ini.

Dua jadual membabitkan Arsenal menentang Brighton dan Hove Albion esok ditangguhkan kerana bimbang penularan wabak koronavirus.

Selain itu, pertahanan Juventus dan Itali, Daniele Rugani juga telah diuji positif koronavirus. Kelab Turin dalam satu kenyataan memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu masih belum menunjukkan gejala.

Susulan itu, Juventus kini aktif melakukan semua prosedur berkaitan termasuklah mereka yang berhubung dengannya.

Hudson Odoi 2
Sumber: Talk Sport

Setakat ini, kes koronavirus yang dicatatkan di dunia adalah sebanyak 134,804 dengan angka kematian seramai 4,984. Sudah menular ke 127 buah negara, wabak koronavirus sudah diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Dalam sejarah dunia, sebelum koronavirus sudah ada beberapa kes yang dikategorikan sebagai pandemik; penyebaran penyakit berjangkit ke seluruh dunia antaranya cacar, selesema babi dan tuberkulosis yang membunuh sebahagian besar penduduk dunia.

Berikutan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan agar rakyat Malaysia menjaga kebersihan diri dan elakkan diri daripada mengunjungi kawasan tumpuan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1858991807567360?__xts__%5B0%5D=68.ARBwaXkIn4W_fpxMVsTpqjpZUCxdKu3Zy10blUDtXpbEfCvZ08r7pXuIusi_PCah1KhgAnDZnCumBpaPcmpo875vuckkauA3BEnIqRv1jiqRyP0ig_17jIY7gbi3OlUtmATjj8XMloIZoPoWfSOkRq1PdMOL6g7H90AIlZsD4WA10TpnWU9DTqirB72VUQXIIysOL60fA4RkbhBovfsruCQN8FJfUwU1QojKNb-N7O1VqPIGxbxlSbipPCu4I1RAg6JitFRLyc7rut9dyHBM2m7Kkt5MMThEJMB-tohSZ9HWHF05HbOjxaqaf76mA_IYZo_1BmSUbRsrJxEEQygRiP0u7_ur&__tn__=-R

Mula dikesan sejak akhir tahun lalu, koronavirus merupakan spesis virus yang tergolong dalam subfamili Coronavirinae dalam famili Coronaviridae, dalam order Nidovirales.

Satu kumpulan kes pertama koronavirus dikesan telah menunjukkan tanda-tanda “pneumonia atas sebab yang tidak diketahui” dikaitkan dengan pasar borong yang menjual haiwan eksotik di Wuhan.

Sudah mencapai gelombang ketiga, seekor anjing peliharaan salah seorang pesakit di China telah disahkan dijangkiti menerusi jangkitan manusia-haiwan.

Masih belum menemui vaksin kepada wabak ini, beberapa orang saintis sudah mula menawarkan ganjaran wang tunai untuk mereka yang sanggup dijangkiti demi mendapatkan penawar kepada penyakit ini.

Sumber: Berita Harian