Hubungi

Kami diberi peluang merasa kek viral Original Cake. Kali ni mereka launch perisa baru, durian!

Macam padu kan? Kami boleh bayangkan lagi sebelum pergi food review, durian tu macam meleleh je di tengah kek.

Sebelum itu, banyak komen di media sosial menyatakan kek Original Cake rasanya tawar. Jadi, berpeluang pergi ni, kita cubalah.

Pada hari dijanjikan, dapatlah kami lihat bagaimana penyediaan kek viral ni. Bahan dia mudah je, tepung, telur, gula, dan cream cheese. Adun lepas tu bakar.

90 minit masa untuk melihat perlawanan bola sepak diperlukan sementara menunggu kek siap. Ya, kami kena tunggu 90 minit sebab kedai tak sediakan awal. Entah apa-apa.

Memang seperti gambaran di internet, rupanya sangat gebu. Nampak menarik sangat untuk dicuba. Seperti dalam bayangan kami sebelum ini, inti durian dia meleleh! Terliur jugalah nak rasa.

Tibalah sekotak ditangan, kami buka kotak itu, maka keluarlah haruman durian yang padu. Dicuitnya jari kami sedikit untuk merasa kek ini.

original cake

Hampa menanti hiba.

Punyalah tawar!

Macam makan span.

Dia boleh dimakan, tapi macam makan angin. Rasa tak ada.

Cuit pula dengan durian.

Memang ada berasa durian tu. Tapi,bila bercampur dengan kek, anda akan rasa kek tu sangat mengganggu di dalam mulut. Lebih baik makan durian terus.

Maka, kami isytiharkan, janganlah percaya sangat dengan perkara viral. Tapi, jangan pula menerima bulat-bulat tanpa usul periksa.

Kami rasa dan periksa dulu, barulah komen. Bijakkan?

Tak faham betul kami macam mana orang Taiwan dan Hong Kong boleh suka dengan resepi tawar macam ni sampai terkenal sangat di sana.