
Hubungan Intim Sebelum Bernikah Menurut Milk Al-Yamin Itu Halal – Pelajar PhD Indonesia
Umum sedia maklum, Islam melarang tegas hubungan intim antara individu lelaki dan perempuan di luar ikatan perkahwinan, dan ianya perlu dipatuhi setiap yang bergelar Muslim. Ada juga beberapa agama turut melarang perkara yang sama kerana perbuatan tersebut hanya banyak mendatangkan mudarat kepada pelakunya.
Namun di Indonesia baru-baru ini, seorang pelajar Doktor Falsafah di Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta, Abdul Azis menghalalkan perlakuan tersebut.
Dengan judul ‘Konsep Milk Al-Yamin Muhammad Syahrur Sebagai Keabsahan Hubungan Se*sual Non Marital’ di bawah pengawasan Prof. Dr. H. Khoiruddin Nasution ini telah menimbulkan kontroversi di Indonesia.
Konsep Milk Al-Yamin yang diasaskan oleh Muhammad Syahrur, pemikir Islam dari Suriah dikatakan boleh digunakan sebagai pemantik munculnya hukum Islam baharu yang melindungi hak asasi manusia dalam hubungan intim dengan adanya persetujuan daripada kedua pelakunya.
Abdul Azis memberitahu ulama Islam seperti Imam As-Syafie dan Imam At-Tabari memahami hubungan ini melalui akad milik, dalam erti mudahnya seperti sistem perhambaan zaman dahulu yang membolehkan tuan menggauli hamba perempuannya.
Kata Abdul Azis hubungan ini dihalalkan oleh Muhammad Syahrur dengan empat syarat iaitu tidak dilakukan di tempat terbuka, tidak dengan perempuan bersuami, bukan hubungan sejenis dan bukan dengan darah daging yang haram dikahwini.
Majelis Ulama Indonesia (MUI) menegaskan tesis Abdul Azis adalah menyimpang dan perlu ditolak kerana bertentangan dengan Al-Quran. Ini turut diakui oleh Rektor Universiti Ibu Chaldun Jakarta, Musni Umar yang disifatkan sebagai berbahaya.
Di Indonesia, terdapat beberapa fahaman mengenai Islam antaranya Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Syiah, Muhammadiyah dan Ahmadiah.
Ketua Bidang Pustaka dan Informasi Muhammadiyah, Dadang Kahmad turut menolak tesis tersebut dengan alasan Muhammad Syahrur bukan daripada golongan ulama dan pandangannya dipengaruhi oleh kawasan tempat tinggalnya iaitu Rusia, selain daripada mengatakan Muhammad Syahrur cuma doktor di bidang ilmu teknik dan tidak berpengaruh untuk menafsirkan Al-Quran kerana bukan bidangnya.
Menerima banyak kritikan, Abdul Azis telah mengeluarkan permohonan maaf dan berjanji akan melakukan penambahbaikan. Tesis beliau ditahan sehingga perbincangan daripada pihak universiti selesai.
Sumber: VOA Indonesia
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/
Trending now



