
Huawei Ungguli Senarai 500 Buah Syarikat Swasta Di China Dengan Keuntungan RM426.05 Bilion
Awal tahun 2019, Huawei berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan salah satu jenama yang mengalami perkembangan pesat di dunia dengan kenaikan kadar pertumbuhan sebanyak 63.7% berbanding tahun sebelumnya.
Semalam, Huawei Investment and Holding dinobatkan sebagai juara dalam senarai 500 buah syarikat swasta China dalam ranking syarikat domestik swasta oleh kumpulan kuasi kerajaan dengan keuntungan sebanyak 721.2 bilion yuan (RM426.05 bilion).
Kemenangan yang berjaya dipegang empat tahun berturut bermula 2016 itu kemudiannya diikuti oleh HNA Group (syarikat konglomerat China) sebanyak 618.3 bilion yuan dan Suning Holdings Group (perkakas rumah dan peruncitan) sebanyak 602.4 bilion yuan.
Menurut pihak berkuasa, syarikat jualan atas talian Alibaba (yang turut memiliki South China Morning Post) dan Tencent tidak menyertai pertadingan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.
Ranking 500 syarikat ini merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh All-China Federation of Industry and Commerce (ACFIC) yang menjalankan fungsi sama seperti Dewan Perniagaan di Amerika Syarikat.
ACFIC yang ditubuhkan pada 1953 bertindak sebagai ‘jambatan’ yang menghubungkan parti kerajaan dan swasta dengan ekonomi bukan awam.
Pengerusi ACFIC, Gao Yunlong yang juga merupakan naib pengerusi badan penasihat politik terkemuka China memberitahu Huawei merupakan model yang memberi inspirasi kepada rakyat China, terutamanya semasa berlakunya perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
BACA: Perang Dagang Huawei, Kini Giliran Intel Dan Qualcomm ‘Lobi’ Kerajaan AS
Jualan domestik Huawei terus melonjak hampir satu per tiga dari tempoh masa sama tahun lalu selepas mereka mendapat persetujuan daripada Amerika Syarikat.
Manakala HNA Group yang mengalami krisis hutang tetap menduduki carta kerana dianggap sebagai jenama nasionalis dan menerima sokongan rasmi kerajaan Hainan minggu sebanyak 1 bilion yuan untuk membayar kembali bon offshore sebanyak USD300 juta Isnin lalu.
Sumber: China Daily
Apa erti merdeka bagi Masdo?
MASDO – Erti MERDEKA?
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.