
Huawei Semakin Laris Di China Meskipun Dilanda Krisis
Perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat apabila Huawei telah disekat daripada menggunakan perisian Android dan Google. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak mengugat ekonomi Huawei kerana jualan mereka semakin laris dan melonjak tinggi di China.
Menurut Huawei Central, TMall, peruncit atas talian di China menunjukkan dari 18 hingga 20 Mei lalu, pihaknya menghantar unit telefon pintar Huawei melebihi dari senarai telefon mudah alih domestik yang lain. Angka itu dilihat berkembang lebih pantas berbanding penjualannya sebelum ini.
Meskipun pasaran luar dari China kebanyakannya mula menggantung dan memutuskan urus niaga bersama Huawei, namun pasaran tempatan negara itu dilihat memainkan peranan penting dalam menyokong Huawei dan membantu mengurangkan kerugian semasa yang disebabkan oleh sekatan dari AS.

Antara salah satu punca kenaikan penjualan Huawei di sana adalah disebabkan pengguna telefon pintar Iphone telah bertukar ke Huawei sebagai tanda sokongan terhadap jenama tempatan mereka.
Sementara itu, Samsung meraih manfaat daripada krisis ini dengan berpeluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar.
Kehilangan akses kepada sistem android Google mungkin menjejaskan jualan telefon pintar Huawei di luar China, sehubungan itu memberi Samsung kesempatan untuk meningkatkan perkongsian pasarannya.
Agaknya, siapa yang akan rugi pada akhir nanti dengan ketegangan yang berlaku ini?
Sumber: Harian Metro
Susah juga belakang tabir permainan video ini.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.