Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Sumber: Pure Glutton

Hotel 40 tahun antara yang tumpas akibat pandemik COVID-19.

Meskipun sudah menjalankan operasi selama 40 tahun, ianya tetap tidak menjamin apa-apa semasa pandemik COVID-19 melanda.

BACA: Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu

Holiday Inn Resort merupakan hotel terbaharu yang terpaksa menutup operasi susulan ketiadaan pendapatan akibat pandemik ini. Terletak di Pulau Pinang, hotel bertaraf empat bintang di Batu Feringghi itu dijangka akan ditutup menjelang 30 Jun ini.

Pemilik hotel yang berpusat di Hong Kong itu telah mengeluarkan notis tersebut kepada kakitangan mereka menerusi anak syarikat, Asia Garden Sdn Bhd.

Merupakan keputusan yang sukar buat pemilik yang sudah memberikan komitmen dalam menawarkan pengalaman penginapan terbaik di Pulau Pinang selama lebih 40 tahun, laporan notis tersebut juga menyentuh mengenai kesan krisis luar biasa ini.

Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sewaktu Pandemik COVID-19
Sumber: MyGuide Penang

April lalu, Ramada Hotel yang menjadi mercu tanda di bandar Melaka selama 40 tahun juga mengumumkan penutupan operasi pada tarikh yang sama susulan daripada terkesan dengan pelaksanaan PKP di seluruh negara.

Tidak terkecuali, hotel bertaraf lima bintang juga terkesan telah meminta pekerja agar mengambil cuti tanpa gaji dan mengumumkan akan menghentikan operasi sehingga akhir tahun ini.

Dalam satu memo dalaman yang dibocorkan oleh sumber, pihak pengurusan hotel tersebut telah minta pekerja ambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh penutupan tersebut dan memberikan  jaminan pekerjaan sekiranya hotel kembali beroperasi, kakitangan juga dibenarkan bekerja separuh masa atau secara kontrak dengan syarikat lain.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata kakitangan industri perhotelan terpaksa berdepan risiko dipotong gaji, bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan paling teruk dibuang kerja.

Mendedahkan lebih 30 ribu kakitangan hilang pekerjaan, 10 ribu dicutikan tanpa gaji dan enam ribu dipotong gaji, Abdul Halim mencadangkan agar industri pekerjaan negara perlu menghentikan kebergantungan kepada warga asing dan mengutamakan rakyat tempatan supaya kumpulan yang terjejas ini boleh mengisi kekosongan yang ada.