Hospital Koronavirus Pertama Siap Dibina

Hospital Pertama Pesakit Koronavirus Sudah Siap Dibina, Mula Operasi Hari Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengan penularan jangkitan koronavirus yang berasal dari Wuhan, China dengan semakin hari semakin meningkat jumlah kem4tian, hospital pertama bagi menampung khusus untuk merawat pesakit yang dijangkiti wabak itu telah siap dibina.

Hospital pertama yang pada awalnya dijangka siap pada 3 Februari ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada hari ini.

Dibina di sebuah bandar berhampiran Wuhan, hospital ini telah menempatkan kumpulan pertama pesakit koronavirus sekitar jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.

Projek pembinaan ini selesai dalam masa 48 jam atas usaha pelbagai pihak yang melibatkan lebih 500 orang pekerja seperti firma pembinaan, syarikat utilit dan pegawai polis paramiliter serta berdozen jentera berat yang bekerja setiap hari.

Hospital Koronavirus Pertama Siap Dibina
Sumber: BusinessInsider Singapore

Pada asalnya, bangunan hospital ini dibina sebagai cawangan baharu kepada Hospital Pusat Huanggang dan dijangka buka pada bulan Mei. Namun, akibat penularan wabak ini pihak berkuasa mengarahkan agar bangunan tersebut digunakan untuk merawat pesakit koronavirus sahaja.

Sementara itu, pembinaan hospital kedua untuk menempatkan pesakit yang dijangkiti virus itu sedang dijalankan dan akan menempatkan 1,300 katil, dijangka siap dalam 15 hari.

Jika tertanya bagaimanakah mereka dapat membina sepantas ini? Jawapannya adalah kerana menggunakan pembinaan bangunan pasang siap iaitu bahagian bangunan dipasang di lokasi berasingan sebelum dibawa ke tapak pembinaan dan disusun di sana.

BACA: Bangunan Setinggi 57 Tingkat Ini Dibina Hanya Dalam Masa 19 Hari

Jumlah kes yang disahkan positif jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) setakat ini telah mencecah 6,052, menurut pihak berkuasa kesihatan China. Angka tersebut melebihi bilangan yang terlibat dalam kes Sars, wabak yang mengorbankan lebih 600 orang di seluruh dunia pada 2002-2003.

Sumber: Daily Mail