H&M Umum Tutup 170 Cawangan Selepas Catat Kerugian Lebih RM1.4 Bilion

Sumber: Business Insider

Biarpun sudah bertapak sejak tahun 1947 dan sehingga kini mempunyai lebih 5,076 cawangan di 33 buah negara, H&M tidak terkecuali terkesan dengan keadaan pandemik kini.

BACA: Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Pandemik COVID-19 menyaksikan pelbagai syarikat daripada pelbagai sektor terpaksa menutup operasi mereka susulan daripada tidak mampu menjana pendapatan dan mencatatkan kerugian.

Syarikat fesyen terkenal, H&M mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan 170 cawangan mereka di seluruh dunia pada 2020 setelah mencatatkan kerugian hampir 50% (RM1.4 bilion) daripada pendapatan bersih pada suku kedua tahun ini.

H&M pada awalnya memang bercadang mahu menutup sekitar 130 cawangan, namun jumlah tersebut terpaksa ditambah susulan daripada kerugian yang dialami dan memfokuskan pada penjualan secara dalam talian mengikut keadaan tabiat pembelian semasa.

H&M Umum Tutup Operasi 170 Cawangan Selepas Rugi Lebih RM1.4 Bilion 1
Sumber: SM Megamall

CEO Kumpulan H&M, Helena Helmersson memberitahu pihak mereka menjangkakan pandemik COVID-19 akan memberi kesan jangka panjang terhadap tabiat pembelian pelanggan.

Ini menyebabkan syarikat akan terus melakukan perubahan dan mengadaptasikannya dengan cara bekerja syarikat ke arah perkembangan digital; lebih fleksibel, pantas dan efisyen.

Tidak hanya H&M, beberapa jenama lain turut terpaksa menutup operasi susulan pandemik seperti Zara yang menutup sehingga 1,200 cawangan di seluruh dunia bagi mengukuhkan jualan secara dalam talian selepas mencatatkan kerugian sebanyak RM1.97 bilion dalam suku pertama kewangannya.

Sumber: Business Insider