Sabah Bukan Dalam Malaysia Filipina

Hishammuddin Bidas Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Selepas Dakwa Sabah Bukan Dalam Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung kenyataan kontroversinya mengenai Sabah baru-baru ini.

Hishammuddin menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Susulan kenyataan yang mengundang kontroversi itu, Kementerian Luar akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia untuk menjelaskan catatan Setiausaha Luarnya, Teodoro Locsin Jr di Twitter yang mendakwa “Sabah is not in Malaysia”.

“Ini kenyataan tidak bertanggungjawab yang menjejaskan hubungan dua hala,” tulis Menteri Luar, Hishammuddin Hussein di Twitternya malam tadi.

“Wisma Putra akan memanggil duta Filipina pada Isnin untuk menjelaskannya. Sabah masih dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.”

Pada Rabu, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila menulis di Twitter yang sumbangan 500 kit kebersihan diri oleh agensi bantuan AS “untuk kegunaan rakyat Filipina yang dihantar pulang dari Sabah, Malaysia”.

Locsin menjawabnya dengan menulis di Twitter, “Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia, jika anda mahu mengaitkannya dengan Filipina”.

Locsin turut mengesahkan semula dakwaan Manila ke atas Sabah dalam satu taklimat bajet kongres tahun lalu dengan berkata, tuntutan 5 dekad itu dimulakan di bawah pentadbiran mendiang Presiden Diosdado Macapagal dan diteruskan Macapagal serta bapanya, Teodoro Locsin Sr.

Putrajaya dilaporkan berkata, ia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak.

Ini bukan kali pertama

Ini bukan kali pertama Duta Filipina dipanggil berhubung kenyataan kontroversi Locsin.

Pada Februari 2018, Jerman memanggil Duta Filipina setelah Locsin mempertahankan kenyataan Presiden Rodrigo Duterte mengenai Adolf Hitler dalam wawancara di negara itu.

Akaun Twitter Locsin telah lama menjadi topik kontroversi kerana sering menyiarkan kenyataan yang luar biasa di platform tersebut.

Awal bulan Mac, akaun Twitter Locsin ‘dikunci’ beberapa jam selepas Twitter mengatakan pegawai Filipina itu telah melanggar peraturan dalam media sosial.

Sehingga kini, kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutan mereka terhadap Sabah walaupun isu tersebut tidak dilakukan secara aktif.

Sabah Bukan Dalam Malaysia Filipina

Sumber: FMT

BACA: Kekasih Nas Daily Dikecam Selepas Hasilkan Video Tentang Anak ‘Stateless’ Di Sabah