Janda

“Hina Sangat Ke Janda Ni?”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Macam-macam cara digunakan untuk menjual barang ketika ini supaya cepat ‘viral’ dan mudah sampai ke pengetahuan orang ramai.

Paling kerap dilakukan ketika ini ialah dengan memuat naik video panas dan sensitif yang sengaja mengundang kontroversi agar orang ramai seronok menonton sekali gus menyebarkannya.

Selain itu, akhir-akhir ini didapati wujud trend yang mengeksploitasi perkataan tertentu untuk menarik perhatian seperti penggunaan perkataan “janda”.

Muhamad Aqbar Shah dari Hobby Shack mempersoalkan tentang amalan tidak sihat ini yang sebenarnya hanya merendah-rendahkan lagi status wanita yang bergelar janda.

Wajarkah trend yang mempermain-mainkan status seorang janda ini diteruskan? Jom baca pendapat yang dikongsikan di Facebooknya ini:

Janda

Sebagai marketing, ia menjadi. Tapi kenapa mesti guna janda ye? Hina sangat ke janda ni? Janda ni bukan semua kaki jantan, mereka ni hilang suami sebab sakit, sebab eksiden, sebab bekerja di perbatasan dan pelbagai ujian yang tak pernah kita terfikir.

Kita tak ada pun kita akan tinggalkan mereka menjanda. Jadi lelaki yang kaki perempuan, tolong jangan generalkan semua lelaki ni pandang status janda tu macam hamba seks.

Dah la dekat lori-lori p**** darat penuh dengan lawak janda yang menjelikkan. Tambah lagi marketing macam ni.

——

Apa pendapat anda?

BACA: Adab Poligami – Ramai Lelaki Melayu GAGAL, Hanya Sekadar Ikut Sunnah Nak Kahwin Sampai 4

Sumber: Muhamad Aqbar Shah