
Hina Anggota Polis Sebagai Anjing, Pemilik Twitter Kini Jadi Buruan Interpol
Baru-baru ini, seorang individu yang menggunakan nama Navin Pillai dengan ID @naavin8 mencetuskan kontroversi apabila memuat naik kenyataan yang menyamakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai anjing.
Berdasarkan siasatan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta beberapa jabatan lain mengesan bahawa individu tersebut berada di luar negara baru-baru ini sejak 2007 lagi.
Polis yang sudah mengetahui latar belakang suspek yang bekerja sebagai juruteknik dan ahli keluarganya yang berada di Lembah Klang telah mendapatkan khidmat bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi tindakan lanjut.
Enggan mendedahkan negara mana kerana perkara tersebut masih dalam siasatan, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik kenyataan yang sensitif dan menggugat keharmonian negara sehingga melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Navin dipercayai memuat naik kapsyen menghina kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber: Astro Awani
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S7H5InPqG/